Adam Adli VS Dr Maszle

Mengulas tentang Adam Adli VS Dr Maszle adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Adam Adli VS Dr Maszle. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Adam Adli VS Dr Maszle

Mungkin akan ada perkembangan baru berhubung isu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional seawal Isnin depan.

Ia ekoran pertemuan yang dirancang diadakan di antara Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim.

Kedua-dua pihak mengesahkan pertemuan tersebut akan dijalankan pada 12 Nov ini.

Maszlee yang dipetik Sinar Online memberitahu Kementerian Pendidikan mengamalkan dasar terbuka untuk memberi ruang kepada pelbagai pihak untuk mencari penyelesaian bagi semua isu demi negara.

"Sebagai menteri saya bersifat terbuka menerima pandangan khususnya daripada aktivis pelajar seperti Adam Adli yang sudah lama berjuang menuntut keadilan sistem daripada kerajaan sebelum ini," katanya.

Pada 6 Nov lalu Adam Adli dipetik sebagai berkata kerajaan wajar mengkaji semula ketetapan untuk membuat pemotongan berjadual antara dua hingga 15 peratus bagi peminjam PTPTN yang bergaji lebih RM1,000 sebulan.

Adam Adli yang aktif memperjuangkan isu-isu siswa sejak bertahun-tahun lalu juga mempersoalkan kesediaan PTPTN menerika bayaran balik pinjaman sebanyak RM20 sebulan melalui kaedah yang diumumkan kerajaan itu.

“Saya harap kerajaan kaji semula dan dengar tuntutan yang berbeza," katanya seperti dilaporkan Sinar Online.

Maszlee berkata tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan termasuk isu PTPTN dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Sementara itu Adam Adli berkata pertemuan tersebut tidak hanya akan membincangkan kemelut PTPTN malah turut melibatkan isu lain yang dirasakan perlu.

Pertemuan berkenaan lapor portal tersebut diadakan hasil inisiatif Maszlee sendiri.

Malaysiakini

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Adam Adli VS Dr Maszle, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Adam Adli VS Dr Maszle"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel