Anak Terengganu Perlu Kuasai Bidang Hartanah

Mengulas tentang Anak Terengganu Perlu Kuasai Bidang Hartanah adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Anak Terengganu Perlu Kuasai Bidang Hartanah. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Anak Terengganu Perlu Kuasai Bidang Hartanah

Dr Alias seru anak muda ceburi bidang hartanah.
Oleh: Safwan Syakir

KUALA NERUS, 11 November - Rakyat Terengganu khususnya golongan muda disaran supaya bijak mengintai peluang pelaburan dalam bidang hartanah dengan mendalami ilmu dalam bidang tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, peluang tersebut perlu dimanfaatkan oleh masyarakat setempat supaya dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

“Penduduk bertambah dari semasa ke semasa dan tanah semakin terhakis disebabkan oleh pantai dan pembangunan.

"Jika gagal memanfaatkan peluang ini, kita akan jadi generasi yang ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain,‘’ tegasnya ketika merasmikan Seminar Celik Hartanah Bersama Pakar Pelaburan Hartanah di Dewan Perdana, UNISZA Kampus Gong Badak, semalam.

Menurutnya lagi, kerajaan merancang untuk membina 20,000 rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh empat tahun dan ia bakal dinikmati oleh golongan dengan pendapatan isi rumah RM3,500 ke bawah. 

Penglibatan orang muda bawa manfaat besar kepada masyarakat.
"RMM dijual pada harga rendah sekitar RM68,000, dengan kos selebihnya dibiayai subsidi kerajaan negeri.

"Projek tersebut akan dibangunkan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

"Di samping itu, kerajaan akan turut membantu golongan yang tidak mendapat kelulusan pinjaman daripada pihak bank bagi memastikan hasrat kerajaan untuk melihat rakyat di negeri ini memiliki rumah tercapai," katanya.

Justeru, Dr Alias berharap program-program seumpama ini dapat melahirkan pelabur-pelabur yang pakar dalam ilmu hartanah khususnya anak Terengganu dan secara tidak langsung dapat menghindari daripada dikuasai bangsa asing.

Antara yang turut hadir dalam seminar itu ialah Penolong Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Ahmad Shukri Yazid dan Prof Madya Dr Fakhrul Anwar Zainol.

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Anak Terengganu Perlu Kuasai Bidang Hartanah, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Anak Terengganu Perlu Kuasai Bidang Hartanah"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel