Annuar: PAS-Umno gabung tenaga, bukan gabung parti

Mengulas tentang Annuar: PAS-Umno gabung tenaga, bukan gabung parti adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Annuar: PAS-Umno gabung tenaga, bukan gabung parti. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Annuar: PAS-Umno gabung tenaga, bukan gabung parti

 
   

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa hari ini meminta agar kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengajak PAS "bercantum" agar tidak disalah-ertikan.

Katanya, maksud sebenar Ahmad Zahid ialah ‘bergabung tenaga’ dan bukannya bergabung parti.

“Saya nak buat penjelasan, bila Zahid jemput PAS bergabung, ia bukan bermaksud bercantum, tetapi bekerjasama.

“Saya faham Wee Ka Siong mungkin bimbang dengan kenyataan Zahid, tetapi ia bergabung tenaga, bukan bergabung parti.

“Bergabung parti tu satu hal yang presiden boleh cakap begitu sahaja, mesti merujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) dan berbincang termasuklah dengan BN,” katanya.




Beliau berkata demikian kepada pemberita di parlimen hari ini.

Tak fikir perasaan komponen BN

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA Wee Ka Siong yang menyelar Zahid tidak memikirkan perasaan parti komponen BN.

Wee menegaskan partinya akan memutuskan sama ada mahu terus bersama BN atau tidak pada 2 Disember ini.

Pada 17 November lalu Ahmad Zahid secara terbuka mempelawa PAS untuk bergabung dalam ucapannya di Himpunan Perpaduan Ummah di Pasir Salak.

Mengulas lanjut, Annuar menyifatkan penggabungan Umno dan PAS dalam satu parti yang sama sebagai 'kemungkinan yang sangat jauh’.

“Kalau nak bercakap soal bercantum, kemungkinan terdekat ialah antara Umno dan Bersatu.

“Itu lebih semulajadi sifatnya, kerana keduanya parti yang berasaskan bumiputera-Melayu, dan kepimpinannya juga dari parti yang sama.

“[...] Tapi untuk Umno bergabung dengan PAS, bagi saya agak jauh (kemungkinannya), dan tidak strategik,” katanya lagi

LIHAT VIDEO DI SINI

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Annuar: PAS-Umno gabung tenaga, bukan gabung parti, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Annuar: PAS-Umno gabung tenaga, bukan gabung parti"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel