Himpunan Tolak ICERD Rai Kesyukuran Rakyat - MB Terengganu
Mengulas tentang Himpunan Tolak ICERD Rai Kesyukuran Rakyat - MB Terengganu adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Himpunan Tolak ICERD Rai Kesyukuran Rakyat - MB Terengganu. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
KUALA TERENGGANU, 24 November - Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD tetap diteruskan meskipun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan Kerajaan Persekutuan secara rasmi menolak untuk meratifikasi konvensyen tersebut.
Himpunan Tolak ICERD Rai Kesyukuran Rakyat - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. |
"Tahniah kepada Perdana Menteri kerana membuat keputusan yang berani walaupun diberi tekanan secara dalaman dan daripada pihak antarabangsa.
"Ini keputusan yang tepat dan wajar dengan mengambil kira suasana masyarakat yang ada.
"Apa yang penting, keharmonian antara masyarakat itu dipertahankan dan dipastikan menjadi lebih baik daripada yang ada hari ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Meraikan Atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Daerah Marang di Hotel Primula, semalam.
Dr. Samsuri juga menyatakan, sebarang usaha untuk meratifikasi ICERD telah menimbulkan kecelaruan dalam negara.
"Kita dapat melihat bantahan serta ketidakselesaan daripada pelbagai pihak. Ia mewujudkan suasana tegang dan tidak baik terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Sepatutnya tempoh selepas PRU adalah tempoh untuk berkerja dan bukannya mencari masalah baru yang memporak-perandakan rakyat.
"Saya mendapat maklumat himpunan pada 8 Disember nanti tetap diteruskan. Tetapi, ia lebih kepada meraikan kesyukuran rakyat dalam hal ini," katanya. - teganukita.net
Khabar Lainnya:
Memuat...
Itulah Himpunan Tolak ICERD Rai Kesyukuran Rakyat - MB Terengganu, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Himpunan Tolak ICERD Rai Kesyukuran Rakyat - MB Terengganu"
Catat Ulasan