ICERD ANCAM KEDAULATAN NEGARA – MUFTI PERAK

Mengulas tentang ICERD ANCAM KEDAULATAN NEGARA – MUFTI PERAK adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari ICERD ANCAM KEDAULATAN NEGARA – MUFTI PERAK. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

ICERD ANCAM KEDAULATAN NEGARA – MUFTI PERAK




Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria memberi peringatan bahawa perpaduan antara kaum bakal terjejas sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) meneruskan agenda untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Beliau berkata ratifikasi ICERD akan menafikan kesepakatan ‘kontrak sosial’ yang telah disepakati antara kaum di negara ini sebelum mencapai kemerdekaan pada 1957.

“…Tidak boleh disangkal daripada sikap toleransi kaum Melayu, maka wajar kedudukan Agama Islam dan Ketuanan Melayu seperti dalam Perkara 3(1) dan 153 Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipertikai kerana ia telah disepakati dengan bijaksana oleh para pemimpin terdahulu dengan mengambilkira kepentingan semua kaum.

“ Maka, pihak kerajaan seharusnya tidak mempedulikan cadangan dan desakan untuk meratifikasi ICERD kerana jika dibiarkan atas tujuan apa sekalipun bakal mengundang rasa tidak puas hati dan perpecahan yang ketara antara kaum,” katanya melalui satu kenyataan media pada Isnin.

Mengulas lanjut, Harussani turut berkata tiada keperluan untuk kerajaan meratifikasi ICERD berikutan kaum Melayu dan Bumiputera tidak melakukan diskriminasi terhadap kaum lain, malah menerima kemasukan kaum lain ke negara ini dengan tangan terbuka sejak mencapai kemerdekaan.

“Sikap menolak diskriminasi terhadap kaum-kaum yang lain dengan menerima dengan hati yang tulus ikhlas kedatangan mereka ke negara ini sebagai bukti layanan yang terhasil daripada nilai dan budi kaum bumiputera Melayu Islam.

“Sikap yang dizahirkan ini adalah lahir daripada kesepaduan iman, amal dan adat tradisi ketumuran yang diasuh, disemai dan dididik oleh agama dan nilai budi Melayu supaya menghormati nilai kemanusiaan walaupun berbeza bangsa, kaum, bahasa, budaya dan adat resam,” ujar beliau.


Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah ICERD ANCAM KEDAULATAN NEGARA – MUFTI PERAK, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "ICERD ANCAM KEDAULATAN NEGARA – MUFTI PERAK"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel