ICERD: ‘Menteri agama pun tak boleh harap"
Mengulas tentang ICERD: ‘Menteri agama pun tak boleh harap" adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari ICERD: ‘Menteri agama pun tak boleh harap". Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
Khabar Lainnya:
ICERD: ‘Menteri agama pun tak boleh harap"
30 Safar 1440H, Khamis – Pihak yang menggesa supaya kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah pengkhianat negara.
Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Farid Hussin berkata, masih ramai yang tidak sedar dan buat-buat lupa bahawa hak istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan adalah hasil timbal balik pemberian kerakyatan kepada kaum lain.
Maka, katanya, sangat biadab apabila golongan pendesak ini secara lantang mahu memaksa kerajaan meratifikasi ICERD.
“Pihak yang bersungguh-sungguh ingin meratifikasi ICERD adalah pengkhianat negara, kerana mereka lebih ‘beriman’ dengan pihak asing berbanding negara sendiri.
“Kalau diumpamakan seperti pekerja dalam sesebuah syarikat, mereka boleh dibuang kerana tak mahu ikut dan tunduk kepada peraturan syarikat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai jaminan bahawa ratifikasi ICERD ini tidak akan menggugat hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, Farid berkata, ia sebuah jenaka yang sama sekali tidak kelakar.
“Adakah logik bila mana pihak-pihak yang sudah berpuluh tahun berjuang untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu, tiba-tiba memberi jaminan bahawa hak ini tak akan disentuh apabila ICERD diratifikasi?
“Sedangkan manifesto pilihan raya, antara faktor yang membuatkan rakyat mengundi memilih kerajaan Pakatan Harapan (PH) pun tidak ditunaikan, inikan pula janji-janji kosong pihak yang memang diketahui tidak pernah senang dengan kedudukan istimewa orang Melayu,” katanya.
Malah, katanya, lebih menjengkelkan, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dr Mujahid Yusof Rawa yang disifatkan sebagai menteri ‘u-turn’ penjaga semua agama juga hebat mempertahankan pihak-pihak ini.
“Beliau bahkan mengecam orang Melayu Islam yang ingin mempertahankan saki-baki hak sebagai tuan tanah yang masih tinggal. Mengharapkan rahmatan lil alamin, rupa-rupanya rahmatan lil kafirin,” katanya.
Mujahid semalam mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat andaian melampau berkenaan ICERD, kerana menganggap ianyaa boleh mencetuskan persepsi negatif dan keretakan hubungan antara kaum.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu, berkata andaian yang mengatakan bahawa sekiranya kerajaan menandatangani perjanjian antarabangsa itu akan menyebabkan hak orang Melayu terhapus, Raja dan Islam akan tergugat adalah sama sekali tidak benar.
Memuat...
Itulah ICERD: ‘Menteri agama pun tak boleh harap", yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "ICERD: ‘Menteri agama pun tak boleh harap""
Catat Ulasan