Kasihan Edi Rejang (Lelaki Herdik Gadis Carlsberg) - Dibuang Kerja & Isteri Tidak Bekerja

Mengulas tentang Kasihan Edi Rejang (Lelaki Herdik Gadis Carlsberg) - Dibuang Kerja & Isteri Tidak Bekerja adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Kasihan Edi Rejang (Lelaki Herdik Gadis Carlsberg) - Dibuang Kerja & Isteri Tidak Bekerja. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Kasihan Edi Rejang (Lelaki Herdik Gadis Carlsberg) - Dibuang Kerja & Isteri Tidak Bekerja

Setiap daripada kita tidak lari daripada melakukan kesilapan, malahan kadang kala kita melakukannya tanpa tidak disedari ianya adalah salah dan jelek dimata pandangan orang lain. Dengan situasi sedikit ketegangan kaum, edi seolah mencurah minyak di dalam api. Video yang direkod menjadi viral dan mendapat kecaman pelbagai pihak hinggakan MP DAP sendiri tampil untuk membuat report polis.

Rentetan daripada kes tersebut, rakan satu flat dengan edi mendedahkan beliau telah dibuang kerja dan menangis akibat perbuatannya. Edi sedih memikirkan nasib anak dan isteri yang perlu ditanggung berikutan isterinya tidak bekerja.

Jika dilihat dari sudut simpati, amat kasihan dengan nasib yang menimpa Edi. Tetapi ia berlaku kerana sikapnya sendiri. Boleh dijadikan pengajaran untuk semua masyarakat di luar sana, tidak salah untuk menegur tetapi biarlah dengan cara berhemah dan bukannya untuk memalukan individu tersebut.

Tetapi isu pekerja 7e yang enggan memegang botol arak dan menjadi viral, tidak pulak menjadi serius seperti ini. Entahlah..

Daripada Thead Tweet fiqsunny | Mengenai isu Edi Rejang. Dia kenalan saya di flat. Apabila viral isu berkenaan, saya terkejut dan kesal dengan tindakan berkenaan.

Tapi harini, saya berkesempatan pulang ke flat dan temui beliau. Beliau menangis, teresak. Saya cerita peribadi, Edi Rejang. Saya tak berapa rapat, tapi kenal. Bila kau tinggal flat, semangat toleransi kau lebih tinggi dari tempat lain. Sering saya tengok dia bantu orang lain. Dia urus keluarga dengan baik.

Setiap hari saya akan nampak dia hantar anak ke sekolah. Anak dia sekolah jenis kebangsaan, sekolah cina. Edi Rejang mungkin tak berpendidikan, tapi dia tak lupa beri pendidikan terbaik pada anak anak.

Saya bukan nak sokong Edi. Tapi hari ini, Edi Rejang jumpa saya menangis teresak, syarikat yang dia kerja selama sepuluh tahun, buang dia serta merta. Isteri tak kerja, Edi Rejang ada anak anak yang perlu ditanggung. Edi Rejang mungkin bodoh, tapi macam mana nasib anak dan isteri.

Edi Rejang hanya maki seorang. Tapi Edi Rejang dan keluarga dimaki bertubi tubi oleh ribuan masyarakat. Wajah dia terpampang di pelbagai media. Ini harga yang patut dia terima hasil kebodohan dia. Saya berani jamin, tindakan Edi Rejang bukanlah mempunyai sebarang motif politik. Hanya kebodohan melulu beliau.

Saya cuma buat kebaikan, fikirkan nasib keluarga Edi Rejang. Saya tak mahu bela perkara dan kebodohan Edi Rejang. Saya hanya mahu pastikan kebodohan beliau tidak diwarisi. Pendidikan amat penting. Edi Rejang hilang perkerjaan. Anak beliau mungkin didesak berhenti sekolah dan tindakan lain. Saya dimaklumkan Edi Rejang ada jumpa pimpinan. Saya harap, pimpinan berkenaan secepat mungkin selesaikan perkara ini.

Video Permohonan Maaf Edi Rejang :

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Kasihan Edi Rejang (Lelaki Herdik Gadis Carlsberg) - Dibuang Kerja & Isteri Tidak Bekerja, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Kasihan Edi Rejang (Lelaki Herdik Gadis Carlsberg) - Dibuang Kerja & Isteri Tidak Bekerja"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel