Lapan suspek kumpulan pengganas ditahan – KPN

Mengulas tentang Lapan suspek kumpulan pengganas ditahan – KPN adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Lapan suspek kumpulan pengganas ditahan – KPN. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Lapan suspek kumpulan pengganas ditahan – KPN

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Seorang warga Filipina yang terlibat memenggal kepala tebusan Kumpulan Abu Sayyaf merupakan antara seorang warga tempatan dan tujuh warga Filipina yang ditahan polis di Sabah dan Putrajaya dalam beberapa serbuan antara 30 Okt dan 12 Nov lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata operasi menahan kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas itu dilakukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata tangkapan pertama melibatkan lelaki tempatan yang bekerja sebagai ejen menjual jongkong emas berusia 38 tahun di Putrajaya pada 30 Okt.

“Suspek terlibat dalam menyalurkan dana kepada Akel Zainal (rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria) pada 2017 bagi tujuan membiayai aktiviti keganasan,” katanya.

Tangkapan kedua pada 1 Nov di Tenom, Sabah melibatkan tiga suspek warga Filipina berusia 27, 34 dan 51 tahun yang bekerja sebagai buruh.

“Mereka menganggotai Kumpulan Abu Sayyaf yang terlibat dalam kegiatan kidnapping for ransom (KFR) (penculikan untuk wang tebusan) di selatan Filipina dan Sabah,” kata Mohamad Fuzi sambil menambah suspek yang berusia 34 tahun itu mempunyai kemahiran menghasilkan senjata api bagi kegunaan kumpulan berkenaan.

Tangkapan seterusnya dilakukan di Ranau, Sabah pada 8 Nov melibatkan dua lagi warga Filipina berusia 35 dan 46 tahun yang masing-masing bekerja sebagai buruh dan juruteknik.

“Suspek berusia 35 tahun berperanan merekrut kanak-kanak untuk menyertai Kumpulan Abu Sayyaf dan dijadikan perisai manusia semasa bertempur dengan tentera Filipina di Basilan, selatan Filipina.

“Beliau juga terlibat dalam memenggal kepala tebusan kumpulan itu. Semasa ditangkap, kedua–dua suspek sedang merancang untuk melarikan diri ke selatan Filipina bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa Malaysia,” kata Mohamad Fuzi.

Ketua Polis Negara berkata serbuan keempat pada 10 Nov lepas di Kinarut, Sabah menyaksikan penahanan seorang tukang besi warga Filipina berusia 30 tahun, yang merupakan komander Kumpulan Abu Sayyaf yang juga orang kanan kepada Furuji Indama, pemimpin kanan kumpulan berkenaan.

Operasi kelima dan terakhir menghasilkan penangkapan seorang peniaga pasar malam warga Filipina berusia 60 tahun di Tenom, Sabah pada 12 Nov.

Suspek terlibat melindungi seorang suspek yang ditangkap pada 8 Nov semasa cuba melarikan diri daripada buruan polis.

Kesemua mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).– Bernama

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Lapan suspek kumpulan pengganas ditahan – KPN, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Lapan suspek kumpulan pengganas ditahan – KPN"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel