Letak Jela Jawatan Presiden Tu Maszle... Tahap Presiden Dah Sound

Mengulas tentang Letak Jela Jawatan Presiden Tu Maszle... Tahap Presiden Dah Sound adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Letak Jela Jawatan Presiden Tu Maszle... Tahap Presiden Dah Sound. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Letak Jela Jawatan Presiden Tu Maszle... Tahap Presiden Dah Sound

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dinasihatkan supaya melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan segera, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga menteri dalam negeri, berkata kerajaan dan parti telah membuat keputusan tersebut namun anggota parlimen Simpang Renggam itu meminta sedikit masa untuk berbuat demikian.

"Ini keputusan kerajaan dan juga parti, dan beliau tahu dan terima keputusan tersebut...atas sebab itu saya suka menasihatkan beliau untuk berbuat demikian secepat yang mungkin," katanya mengulas kedudukan Maszlee sebagai presiden UIAM yang dipersoalkan kelayakannya kerana memegang portfolio sebagai menteri Kabinet.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) di Putrajaya hari ini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sebelum ini, media memetik kenyataan pegawai khas Maszlee bahawa Maszlee akan melepaskan jawatan tersebut selepas menyelesaikan beberapa isu termasuk mencari pengganti.


Ganti Rais Yatim

Maszlee dilantik sebagai presiden UIAM ketujuh selama tiga tahun pada September lepas setelah diperkenankan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah. Beliau menggantikan Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lepas.

Berhubung hasrat Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju untuk menyertai Bersatu, Muhyiddin berkata parti itu mempunyai prinsip dan hanya menerima individu yang tidak memiliki rekod buruk.

"Orang kenal dia (Ali Tinju) bukan atas cerita yang bagus ...tak kan orang macam itu kita nak terima masuk," katanya.

Ditanya berkenaan sokongan terbuka wakil rakyat DAP terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Muhyiddin berkata beliau tiada masalah mengenainya kerana keputusan akhir meratifikasi ICERD terletak kepada kerajaan.

"Kita tidak membataskan sesiapa daripada mengemukakan pandangan kerana pada akhirnya kerajaan yang akan membuat keputusan dan kami bertanggungjawab memutuskan yang terbaik untuk negara," katanya.

Malaysiakini

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Letak Jela Jawatan Presiden Tu Maszle... Tahap Presiden Dah Sound, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Letak Jela Jawatan Presiden Tu Maszle... Tahap Presiden Dah Sound"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel