MFL mohon maaf, akui tersilap beri trofi bola sepak

Mengulas tentang MFL mohon maaf, akui tersilap beri trofi bola sepak adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari MFL mohon maaf, akui tersilap beri trofi bola sepak. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

MFL mohon maaf, akui tersilap beri trofi bola sepak

MALAYSIAKINI



Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memohon maaf atas pemberian trofi yang mengecewakan pemenang di Anugerah Bola Sepak Kebangsaaan (ABK) pada malam 5 Nov lalu.

MFL berkata kejadian tersebut tidak disengajakan, malah berlaku kesan kesilapan seorang kakitangan ketika membuat pesanan.

Kata MFL kesilapan itu cuba ditutup dengan mendiamkannya daripada pihak pengurusan.

Isu trofi tersebut menjadi perhatian ramai termasuk Pengerusi MFL Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan menjadi gurauan yang tular di media sosial.

Trofi kaca itu masih boleh dikenal pasti sebagai berbentuk kasut bola biarpun bersaiz sangat kecil, berbeza dengan reka bentuk trofi sebelumnya iaitu kasut bola emas dan perak yang jauh lebih besar.

Malah melalui ciapan di Twitter, Tunku Ismail mentertawakan trofi Anugerah Kasut Emas yang dianugerahkan kepada penjaring gol terbanyak dalam liga Malaysia.

"Ini bukan kasut emas. Ini kasut Cinderella versi miniatur," katanya.

Tunku Ismail juga mencatat, beliau tidak dapat menerima objek sebegitu dijadikan trofi untuk menghargai pemain bola sepak di negara ini.

"MFL, nasib baik kamu ambil tindakan. Jika tidak, saya siku anda dengan siku rakyat. Step up!” ciapnya lagi.

Dalam kenyataannya di Facebook, MFL berkata kakitangan yang telah melakukan kesilapan itu sudah dikenal pasti.

“MFL sentiasa memberikan trofi yang sesuai dan mengikut piawaian yang perlu.

“MFL sentiasa berusaha untuk menjadikan ABK ini lebih besar dan megah setiap tahun. Kejayaan ini telah dicapai sehingga kejadian yang sangat menghampakan ini berlaku.

“Jadi sudah pasti MFL tidak berniat untuk memberikan sebuah trofi yang tidak sesuai kepada semua pemenang, dan tindakan sudah diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kejadian yang menghampakan ini,” kata kenyataan itu lagi.

MFL juga berkata inisiatif untuk menghubungi semua pemenang telah diambil dan akan menggantikan trofi semalam dengan yang lebih sesuai dengan pencapaian mereka.


Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah MFL mohon maaf, akui tersilap beri trofi bola sepak, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "MFL mohon maaf, akui tersilap beri trofi bola sepak"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel