Musafir Maulid Telusuri Muzium Terengganu

Mengulas tentang Musafir Maulid Telusuri Muzium Terengganu adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Musafir Maulid Telusuri Muzium Terengganu. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Musafir Maulid Telusuri Muzium Terengganu

Memanah merupakan antara tugasan yang diterima peserta. Foto - Che Ku Zuhilmi Che Ku Shamsuddin.
KUALA TERENGGANU, 18 November - Seramai 450 peserta Konvoi Musafir Maulid berhimpun di Muzium Negeri Terengganu sempena sambutan Maulidul Rasul, semalam.

Konvoi bermula dari kesemua lapan daerah itu menampilkan kumpulan bermotosikal dan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang tiba sejak jam 11:00 pagi.

Para peserta kemudian diarahkan untuk menyelesaikan perlumbaan 'Memburu Khazanah' yang disediakan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT).

Dalam perlumbaan ini, peserta terpaksa melakukan beberapa tugasan iaitu memanah, membuat serunai tradisional daripada daun nyiur dan menyelesaikan kuiz berkaitan sejarah Islam dan Terengganu.

Zakaria sambut baik acara Musafir Maulid.
Penolong Pengarah LMNT, Zakaria Abdul Hadi merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri terutama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) kerana memilih muzium sebagai salah satu lokasi Musafir Maulid.

"Sempena Maulidur Rasul, setiap tahun pihak LMNT mengadakan pameran berkaitan maulid nabi dan sejarah Islam Terengganu.

"Jadi, hari ini peserta diberikan tugasan meneliti pameran tersebut dan juga tugasan menyiapkan permainan tradisi yang semakin dilupakan iaitu 'serunai nyiur' sebagai tambahan," katanya.

Beliau turut berharap lebih banyak program seperti itu diadakan di muzium.

"Ini dapat membangkitkan nostalgia generasi dahulu kepada generasi masa kini selain memberi pendedahan pelbagai perkara berkaitan sejarah kepada mereka," katanya.

Acara sambutan Maulidul Rasul akan menutup tirai pada 20 November dengan perarakan dan pengisian gilang-gemilang di ibu negeri itu.

 - teganukita.net

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Musafir Maulid Telusuri Muzium Terengganu, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Musafir Maulid Telusuri Muzium Terengganu"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel