Operasi SAR Polis: Penduduk Kampung Dan NGO Sedia Keperluan Penyelamat
Mengulas tentang Operasi SAR Polis: Penduduk Kampung Dan NGO Sedia Keperluan Penyelamat adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Operasi SAR Polis: Penduduk Kampung Dan NGO Sedia Keperluan Penyelamat. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
DUNGUN, 14 November - Penduduk Kampung Durian Mentangau berusaha membantu pihak berwajib menjalankan tugas mencari dan menyelamat (SAR) dalam pencarian Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28, sebaik mungkin.
Khabar Lainnya:
Operasi SAR Polis: Penduduk Kampung Dan NGO Sedia Keperluan Penyelamat
Unit K9 digunakan untuk mengesan bau mangsa. |
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Mahadi Kasim, 57, berkata, penduduk kampung itu dan sekitar hadir memberikan bantuan keperluan untuk anggota penyelamat yang bertugas.
Mahadi dan penduduk kampung turut membantu SAR. |
"MPKK dengan kerjasama penduduk kampung menyediakan bekalan makanan untuk anggota yang bertugas.
"Kami bergotong-royong memasak sarapan pagi dan tengahari. Bagi makan malam pula, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) PADAT yang sediakan.
"Sebagai penduduk yang lebih arif dengan kawasan di sini, penduduk kampung membantu penyelamat sebagai penunjuk arah selain menyediakan lebih kurang 10 bot untuk kerja-kerja SAR," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharuddin Abdullah memaklumkan operasi pencarian yang berakhir sekitar lapan malam tadi melibatkan 75 anggota penyelamat terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Agensi Pertahanan Awam (APM) dan orang awam.
Anggota penyelamat bergabung tenaga laksana SAR. |
"Sebanyak 16 bot digunakan dan dua anjing pengesan unit K9 Bomba turut melakukan SAR," katanya.
Memasuki hari keenam pencarian hari ini, keluarga mangsa memohon doa orang ramai agar mangsa berjaya ditemui segera.
Jumaat lalu, Arif yang bertugas di Balai Polis Paka terjatuh ke dalam Sungai Paka ketika mengejar suspek kes samun, Zam Ayam yang bersembunyi di Kampung Durian Mentangau.
Mayat suspek yang turut jatuh bersamanya bagaimanapun ditemui kira-kira 400 meter dari tempat kejadian dua hari lalu.
Memuat...
Itulah Operasi SAR Polis: Penduduk Kampung Dan NGO Sedia Keperluan Penyelamat, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Operasi SAR Polis: Penduduk Kampung Dan NGO Sedia Keperluan Penyelamat"
Catat Ulasan