Orang gila sokong ICERD – Pakar Perlembagaan Persekutuan, Abdul Aziz
Mengulas tentang Orang gila sokong ICERD – Pakar Perlembagaan Persekutuan, Abdul Aziz adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Orang gila sokong ICERD – Pakar Perlembagaan Persekutuan, Abdul Aziz. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
Khabar Lainnya:
Orang gila sokong ICERD – Pakar Perlembagaan Persekutuan, Abdul Aziz
ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN |
KUALA LUMPUR 11 Nov. – Mana-mana pihak yang menyokong Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diberi amaran supaya tidak sesekali mengaitkannya dengan Perlembagaan Persekutuan dalam perkara-perkara tertentu sahaja, bukan sepenuhnya.
Pakar Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan hujah kesamarataan bagi meratifikasi konvensyen antarabangsa itu merupakan alasan paling tidak munasabah kerana perkara sama turut disentuh dalam Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan.
“Mereka yang sokong ratifikasi ICERD ini orang gila! Ini konvensyen antarabangsa dan tidak semua perkara yang berlaku di negara lain boleh diamalkan di sini (Malaysia).
“Kita tak perlu terima konvensyen ini, malah tiada sebab untuk berbuat demikian sebab dalam Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan turut menyentuh isu kesamarataan. Janganlah baca Perlembagaan negara itu Sekerat-sekerat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Semalam, Majlis Peguam dalam satu kenyataan mempertahankan ICERD dan mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) meratifikasi konvensyen itu segera tanpa melakukan sebarang pengecualian.
Presidennya, George Varughese berkata, ratifikasi ICERD sama sekali tidak melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seperti yang ditegaskan di dalam Perkara 1(4) yang menurutnya, memperuntukkan bahawa langkah-langkah istimewa (termasuk tindakan afirmatif) adalah dibenarkan.
Jelas Abdul Aziz, sesuatu yang sia-sia jika kerajaan PH meratifikasi ICERD semata-mata tunduk dengan gesaan pihak-pihak berkaitan.
“Isu kesamarataan turut dirangka dalam Perlembagaan Persekutuan malah ia lebih sesuai dengan sejarah kepelbagaian kaum di negara ini, jadi buat apa bersungguh sangat hendak terima ICERD ini?” soalnya.
Sementara itu, Abdul Aziz turut menempelak pihak yang cuba melaungkan istilah kesamarataan bagi menekan kerajaan untuk meratifikasi ICERD.
“Berkaitan dengan kesamarataan ini, adakah semua orang sama? Adakah orang kaya dan miskin semua sama? Semua boleh menerima pendapatan RM10?” soalnya lagi.
Memuat...
Itulah Orang gila sokong ICERD – Pakar Perlembagaan Persekutuan, Abdul Aziz, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Orang gila sokong ICERD – Pakar Perlembagaan Persekutuan, Abdul Aziz"
Catat Ulasan