PAS: DAP biadab tak mahu pingat kebesaran

Mengulas tentang PAS: DAP biadab tak mahu pingat kebesaran adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari PAS: DAP biadab tak mahu pingat kebesaran. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

PAS: DAP biadab tak mahu pingat kebesaran

MALAYSIAKINI

   

PAS berpendapat keputusan DAP untuk tidak menerima gelaran dan pangkat dari istana adalah tanda kebiadaban parti terbabit kepada raja-raja Melayu.

Bendahari PAS Razman Zakaria berkata demikian semasa menyampaikan ucapan bersemangat di Himpunan Perpaduan Ummah di Kampung Gajah, Pasir Salak tidak jauh dari Teluk Intan malam tadi.

Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Perak berkata orang Melayu ialah tuan kepada negara ini dan kaum lain yang datang kemudian sudah bersetuju menerima kontrak sosial yang ada.

"Mereka adalah pendatang, betul tak betul?" katanya bersemangat dan disambut ribuan orang yang hadir di kawasan pekan kecil berkenaan.

Kata Razman baru enam bulan Pakatan Harapan (PH) - yang ada dalam gabungan itu parti DAP - memerintah sudah ada tanda-tanda menunjukkan mereka tidak menghormati orang Melayu.

"Kenyataan setiausaha agung DAP mengarahkan pimpinannya tidak menerima sebarang pengiktirafan atau bintang kehormatan (dari istana), apa maknanya?

"Mereka tidak mghormati raja-raja Melayu! Betul atau tak betul?

"Biadab atau tak biadab? Apa yang kita nak hukumkan kepada mereka?" katanya dengan bersemangat.

Import dari Taiwan

Turut hadir Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepemimpinan tertinggi parti itu serta Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Himpunan itu dianjurkan Umno Pasir Salah yang diketuai Tajuddin Abdul Rahman.

Untuk rekod pada Okt lalu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pemimpin parti itu perlu mengutamakan khidmat kepada rakyat berbanding mengejar pingat dan darjah kebesaran.

Kata Lim mereka tidak wajar meniru perlakuan pemimpin BN sebelum ini.

"DAP tidak mahu dilihat menjadi macam BN dulu di mana ada banyak terkejar-kejar nak cari (pingat) Datuk.

"Saya tak jadi Datuk tapi saya telah jadi pemimpin DAP selama ini. Itu mesej yang kita nak sampaikan.

"Kalau kita nak jadi ahli politik wakil rakyat yang berjaya, yang penting ialah kita mesti beri perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata pendirian itu tidak bermaksud DAP memusuhi pihak yang memberi pingat malah mereka amat menghargainya.

"Kami amat menghargai pingat yang diberikan tapi saya rasa yang penting ialah perkhidmatan kepada rakyat dan jangan kita beri apa-apa gambaran yang dahulu nak rebut untuk pingat," katanya.

Razman yang juga Adun Gunung Semanggol berkata selepas enam bulan PH menjadi kerajaan sekarang ada pihak yang berani mengedar Bible kepada orang ramai.

Katanya perlembagaan juga menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi namun orang bukan Melayu tidak menghormati ketetapan itu dengan mewujudkan sekolah jenis kebangsaan dan persendirian.

"Mereka mengimport mata pelajaran dari Taiwan.

"Setelah enam bulan memerintah, mereka mahu mengiktiraf sijil dari Taiwan (iaitu) UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu). Biadab atau tak biadab ini?" tanyanya lagi.


Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah PAS: DAP biadab tak mahu pingat kebesaran, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "PAS: DAP biadab tak mahu pingat kebesaran"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel