Pemaju Projek KTCC -LTSM Perlu Ambil Langkah Elak Hakisan

Mengulas tentang Pemaju Projek KTCC -LTSM Perlu Ambil Langkah Elak Hakisan adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Pemaju Projek KTCC -LTSM Perlu Ambil Langkah Elak Hakisan. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Pemaju Projek KTCC -LTSM Perlu Ambil Langkah Elak Hakisan


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS – Pihak Pemaju (kontraktor) perlu mengambil langkah membaik pulih dan berjaga-jaga ke atas projek jalan yang menghubungkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud(LTSM) dengan Kuala Terengganu City Centre(KTCC) di Kampung Seberang Takir yang sedang mengalami masalah hakisan akibat ombak besar.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali ketika dihubungi berkata, kontraktor yang terlibat dalam pembinaan lebuhraya iaitu HexaTrend Sdn Bhd perlu bertindak segera untuk memastikan projek dibawah seliaan kerajaan pusat tidak terjejas teruk.

Ketika tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ke kawasan terlibat, ia telah mengakibatkan hakisan pantai yang teruk dan menyebabkan lebuhraya yang sedang dalam proses pembinaan hampir roboh.

Bagi mengatasi masalah dengan seberapa segera, pihak kerajaan negeri telah mengambil inisiatif dengan menghantar dua hingga empat buah jentolak untuk membuat benteng sementara bagi menghalang arus deras air ombak yang membaham pantai.


Sementara itu, pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus turut  melawat kawasan yang dilanda hakisan pantai di pesisir pantai berkenaan, semalam bagi melihat dan mengambil tindakan yang perlu untuk menghalang masalah hakisan pantai yang teruk, kerosakan harta benda awam dan mengancam keselamatan penduduk setempat.

Turut hadir, pegawai-pegawai daripada Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) yang turut serta melawat kawasan tersebut.

Masalah hakisan pantai yang membelenggu penduduk Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus tidak berkesudahan apabila mereka terus dihambat kebimbangan apatah lagi musim tengkujuh telahpun bermula.

Musim tengkujuh yang mula melanda negeri ini menimbulkan kegusaran penduduk termasuk nelayan dan peniaga pesisir pantai yang terpaksa berdepan masalah hakisan dan angin kencang, terutama pada waktu malam. - teganukita.net

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Pemaju Projek KTCC -LTSM Perlu Ambil Langkah Elak Hakisan, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Pemaju Projek KTCC -LTSM Perlu Ambil Langkah Elak Hakisan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel