Pembelian Hartanah RM2 Billion, Bekas Gabenor Bank Disiasat SPRM

Mengulas tentang Pembelian Hartanah RM2 Billion, Bekas Gabenor Bank Disiasat SPRM adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Pembelian Hartanah RM2 Billion, Bekas Gabenor Bank Disiasat SPRM. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Pembelian Hartanah RM2 Billion, Bekas Gabenor Bank Disiasat SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPSM) telah menyoal siasat bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, lapor portal The Star Online hari ini.

Ia berhubung isu pembelian 22.5 hektar tanah kerajaan berharga RM2 bilion oleh bank pusat berkenaan pada Jan tahun ini yang didakwa bagi menyelamatkan 1MDB.

Memetik sumber SPRM, laporan itu mengatakan pegawai-pegawai lain di bank pusat itu turut dipanggil untuk disoal siasat.

"Kami telah merekodkan keterangan beliau dan daripada ramai pegawai BNM lain. Siasatan SPRM menjurus mengenai penjualan tanah (kepada BNM).
"Mengenai isu sama ada jualan itu dilakukan dengan cara yang betul, itu bergantung kepada siasatan bank pusat sendiri," kata sumber itu.

Bank Negara sebelum ini mengatakan ia sedang menjalankan siasatan dalaman mengenai jualan tanah berkenaan dan beberapa "pegawai yang berkaitan" telah diminta bercuti sementara siasatan dilakukan.

Siasatan SPRM tidak akan mengganggu siasatan bank pusat itu, kata sumber tersebut.

"Jika BNM mahu menyiasat pegawainya sendiri, itu adalah siasatan dalamannya sendiri. Kami tidak akan campur tangan,"sumber itu dipetik sebagai berkata.

The Star Online melaporkan Muhammad disoal lebih daripada sekali. 

Pada bulan Jun tahun ini, Muhammad menawarkan diri untuk meletak jawatan selepas berkhidmat lebih dua tahun, meskipun tempoh perkhidmatannya masih berbaki tiga tahun lagi.

Beliau menafikan membantu kerajaan BN membayar balik hutang 1MDB dengan menyatakan tidak mempunyai kawalan ke atas bagaimana kerajaan berhasrat membelanjakan hasil daripada jualan plot tanah berkenaan.

BNM berkata ia memperoleh tanah itu, yang terletak bersebelahan kompleks Sasana Kijang di Kuala Lumpur bagi menempatkan semula Universiti Kewangan Islam Global dan Akademi Penyelidikan Shariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam.

Muhammad kemudian digantikan oleh Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, bekas pegawai Bank Negara yang telah menyiasat isu 1MDB pada tahun 2015.

Malaysiakini

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Pembelian Hartanah RM2 Billion, Bekas Gabenor Bank Disiasat SPRM, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Pembelian Hartanah RM2 Billion, Bekas Gabenor Bank Disiasat SPRM"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel