Penderitaan Yaman Diserang Arab Saudi

Mengulas tentang Penderitaan Yaman Diserang Arab Saudi adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Penderitaan Yaman Diserang Arab Saudi. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Penderitaan Yaman Diserang Arab Saudi


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran bahawa 13 juta rakyat Yaman kini berdepan krisis kebuluran, dan badan dunia itu menggesa tentera pakatan diketuai Arab Saudi agar menghentikan serangan udara yang meragut ribuan nyawa penduduk awam dan menyumbang kepada apa yang disifatkan PBB krisis kebuluran terburuk dunia dalam tempoh 100 tahun.


Derita Bermula

Perang saudara Yaman berakar umbi daripada kebangkitan 'Arab Spring' pada tahun 2011, ia menyaksikan presiden Yaman yang memegang tampuk pemerintahan sejak Julai 1978, Ali Abdullah Saleh,terpaksa menyerahkan kuasa kepada timbalannya ketika itu, Abdrabbuh Mansour Hadi.

Peralihan kuasa tersebut seharusnya membawa kestabilan untuk negara Arab itu, namun Hadi berdepan pelbagai cabaran getir termasuk serangan militan, rasuah, kekurangan sumber makanan dan tentangan berterusan tentera yang setia kepada mantan presiden Ali Abdullah Saleh.

Pada 2014 puak pemberontak Houthi mengambil peluang ke atas kelemahan presiden baharu terbabit dan berjaya merampas sebahagian besar utara Yaman sebelum menakluk ibu negaranya, Sanaa dan memaksa Hadi melarikan diri ke luar negara.

Konflik semakin memuncak pada Mac 2015, apabila Arab Saudi dan lapan negara Arab lain yang mendapat kepercayaan kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis menggunakan taktik serangan udara dan sekatan ke atas puak Houthi bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Hadi.

Hakikatnya, Arab Saudi bimbang kemaraan Houthi yang dibantu Iran menerusi pemberian senjata dan sokongan logistik akan menguatkan pengaruh musuh ketat mereka itu di bumi Yaman.

Pada Disember 2017, Saleh yang sebelum itu bersekutu dengan pejuang Houthi bagi menggulingkan Hadi, maut di tangan penembak tepat kumpulan itu ketika Perang Sanaa susulan keputusannya untuk mengadakan dialog dengan pihak Arab Saudi.

Sementara itu, pihak anti Houthi merekrut puak pemisah yang memperjuangkan kemerdekaan selatan Yaman, dan pada masa kumpulan militan Al-Qaeda dan Daesh mula menyusup masuk dan menawan beberapa kawasan.

Harga 'kejayaan' perang saudara tersebut terpaksa dibayar penduduk Yaman di mana 75 peratus populasi negara miskin itu kini amat memerlukan bantuan kemanusiaan.

Menurut PBB, malnutrisi dan kebuluran mengancam nyawa hampir 400,000 kanak-kanak Yaman di bawah usia lima tahun.

Sistem kesihatan Yaman pula 'runtuh' sepenuhnya di saat penularan wabak taun yang bermula pada Oktober 2016 meragut ribuan nyawa penduduk awam.

Pada Jun tahun ini, pasukan tentera kerajaan yang disokong Arab Saudi mula menyerang bandar pelabuhan Hudaydah yang merupakan pintu masuk utama bagi sebahagian besar bantuan kemanusiaan yang disalurkan untuk Yaman.

Tentera pakatan kerajaan dan Arab Saudi mendakwa serangan dilancarkan bagi menyekat bekalan dana, senjata dan misil yang diterima puak Houthi dari bandar pelabuhan itu.

Dakwaan tersebut bagaimanapun, disangkal pemberontak Houthi yang menyatakan mereka mempertahankan negara itu daripada dijajah Amerika Syarikat.

Agensi bantuan antarabangsa mengecam serangan udara ke atas Hudaydah yang hanya akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan negara itu dan mengancam nyawa ratusan ribu rakyatnya.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya lebih 10,000 penduduk awam terkorban, manakala berjuta yang lain kehilangan tempat tinggal akibat konflik perang saudara berkenaan.


Selamat Tinggal Amal Hussein

Disebalik kehilangan nyawa akibat bahana perang, 'musuh'  sebenar rakyat Yaman adalah kebuluran.

Menurut badan kebajikan Save The Children, anggaran 85,000 kanak-kanak Yaman di bawah usia lima tahun meninggal dunia akibat malnutrisi dalam tempoh tiga tahun sejak perang saudara berlaku.

Terbaharu, dunia menerima berita seorang kanak-kanak di Yaman berusia tujuh tahun yang mengalami masalah malnutrisi teruk dan menjadi 'wajah kebuluran' di negara itu telah meninggal dunia.

Wajah Amal Hussein muncul di The New York Times dalam keadaan dia terbaring di atas katil sebuah pusat kesihatan di Aslam, wilayah Hajjah, 144 kilometer di barat laut Sanaa.

Ibunya, Mariam Ali, mengesahkan kanak-kanak malang itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 26 Oktober lalu.

"Amal selalu tersenyum. Kini, saya bimbang dengan nasib anak yang lain," katanya.

Ketua Setiausaha Agung untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Mark Lowcock menerusi laporannya mendedahkan tiga juta penduduk di negara bergolak itu mengalami malnutrisi termasuk 1.1 juta wanita hamil dan lebih 400,000 kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.

Beliau turut menganggarkan 3.5 hingga empat juta penduduk akan kehabisan bekalan makanan menjelang beberapa bulan akan datang.


Republik Yaman

  • Ibu Negara: Sanaa
  • Populasi : 28.5 juta
  • Keluasan kawasan : 536,869 km persegi
  • Bahasa utama : Bahasa Arab
  • Agama utama : Islam
  • Matawang - Riyal Yaman



Sinar Harian

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Penderitaan Yaman Diserang Arab Saudi, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Penderitaan Yaman Diserang Arab Saudi"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel