Pengurusan baru 1MDB siasat dakwaan juruaudit 'bohong' pada PAC

Mengulas tentang Pengurusan baru 1MDB siasat dakwaan juruaudit 'bohong' pada PAC adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Pengurusan baru 1MDB siasat dakwaan juruaudit 'bohong' pada PAC. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Pengurusan baru 1MDB siasat dakwaan juruaudit 'bohong' pada PAC

MALAYSIAKINI

   

Pengurusan baru 1MDB sedang menyiasat dakwaan pegawai kanan syarikat audit Deloitte Malaysia memberi “keterangan bohong” terhadap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1MDB.

“Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak pengurusan baharu 1MDB kini sedang menyiasat perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan hasil siasatan serta nasihat daripada Jabatan Peguam Negara,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Lim berkata demikian dalam jawatan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Kepong) yang mahu tahu tindakan terhadap perkara itu.

Lim dalam pertanyaan lisannya mendakwa pegawai kanan itu telah mempertahankan pengauditan 1MDB yang didakwanya palsu.

Deloitte pada 27 Julai 2016 berkata maklumat dalam saman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan rampasan aset berkaitan 1MDB, menjejaskan audit mereka pada tahun 2013 dan 2014.

Oleh itu, kenyataan kewangan 1MDB pada tahun-tahun itu, yang ditandatangani Deloitte pada 28 Mac 2014 dan 5 November 2014 tidak boleh lagi digunakan, kata syarikat itu.

Kenyataan itu muncul selepas 1MDB mengumumkan Deloitte sedang menarik diri sebagai juruaudit mereka, menjadikannya yang ketiga berbuat demikian sejak 2009.

Akaun-akaun 1MDB dari 2010 hingga 2012 diaudit oleh KPMG. Perkhidmatan syarikat itu bagaimanapun ditamatkan pada Disember 2013.

Menurut laporan PAC, khidmat KPMG ditamatkan selepas enggan menandatangani akaun-akaun tanpa perincian berkaitan pelaburan bernilai AS$$2.32 bilion.

The Wall Street Journal melaporkan firma Ernst & Young ditamatkan pada 2010 selepas membangkitkan persoalan sama.

Lembaga 1MDB ketika kerajaan lama BN bagaimanapun berkata mereka yakin tiada sebarang salah laku berlaku.

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Pengurusan baru 1MDB siasat dakwaan juruaudit 'bohong' pada PAC, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Pengurusan baru 1MDB siasat dakwaan juruaudit 'bohong' pada PAC"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel