Penyelesaian gangguan siaran TV digital dijangka tidak lama lagi

Mengulas tentang Penyelesaian gangguan siaran TV digital dijangka tidak lama lagi adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Penyelesaian gangguan siaran TV digital dijangka tidak lama lagi. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Penyelesaian gangguan siaran TV digital dijangka tidak lama lagi

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata penyelesaian berhubung isu gangguan perkhidmatan ujian televisyen digital MYTV yang sedang berlaku diharap dapat dicapai minggu depan.

Beliau berkata proses rundingan antara MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) dan Telekom Malaysia (TM) bagi menyelesaikan isu itu menunjukkan hasil memberangsangkan.

“Saya sudah arahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk cuba selesaikan masalah ini melalui rundingan antara MYTV dan TM dan saya dimaklumkan proses itu telah menunjukkan hasil.

“Mungkin isu ini dapat selesai seminggu dua ni, tetapi kita perlu penetapan had masa. Saya harap penyelesaian ini dapat dicapai minggu depan, kalau tidak saya selaku menteri akan cuba berjumpa kedua-dua pihak untuk melihat bagaimana perkara ini nak diselesaikan supaya dapat maju ke depan,” katanya semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) berhubung langkah segera yang diambil kementerian dalam menyelesaikan masalah penggantungan siaran televisyen digital MyTV yang berlaku di beberapa negeri.

Menurut Gobind, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan beberapa isu komersial yang masih dalam rundingan antara pihak MYTV dan TM.

Menteri itu berkata MYTV telah mengajukan cadangan penyelesaian untuk pertimbangan pihak TM.

“MCMC kini sudah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan kedua-dua belah pihak ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi seberapa segera,” katanya.

Menurut Gobind, buat masa ini rakyat masih boleh menonton rancangan televisyen yang disediakan oleh perkhidmatan televisyen percuma di platform analog.

“MCMC sedang memantau secara rapi gangguan siaran ujian perkhidmatan Televisyen Terestrial Digital (DTT) yang berlaku secara berperingkat sejak 11 Okt lalu.

“Siaran ujian perkhidmatan DTT di bawah jenama `myFreeview’ menyiarkan 13 saluran televisyen dan empat saluran radio secara percuma oleh penyiar kerajaan dan swasta yang terdiri daripada RTM, Media Prima Berhad, Bernama TV, TV AlHijrah dan Channel W,” katanya.– Bernama

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Penyelesaian gangguan siaran TV digital dijangka tidak lama lagi, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Penyelesaian gangguan siaran TV digital dijangka tidak lama lagi"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel