Projek Kerajaan - Tiada Lagi Tandatangan Sokongan "Tok Wakil"

Mengulas tentang Projek Kerajaan - Tiada Lagi Tandatangan Sokongan "Tok Wakil" adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Projek Kerajaan - Tiada Lagi Tandatangan Sokongan "Tok Wakil". Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Projek Kerajaan - Tiada Lagi Tandatangan Sokongan "Tok Wakil"

Langkah kerajaan memperkenalkan konsep tender terbuka tidak akan menjejaskan agenda bumiputera, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sebaliknya, beliau berkata langkah itu dilihat akan membuka lebih banyak peluang kepada kontraktor bumiputera mendapatkan sesuatu projek itu dengan lebih adil dan terbuka kepada semua dengan tidak terhad hanya kepada pihak tertentu sahaja.

"Apa yang diamalkan sekarang ialah kita tukarkan kepada tender terbuka. Apa yang dalam agenda bumiputera tetap sama tapi tender terbuka. Bukan macam dulu kena dapat tanda tangan pihak tertentu, hanya orang yang ada kabel kuat. Itu kita tak mahu lihat ia berlaku lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Khas Belanjawan 2019, di Geoarge Town malam tadi.

"Saya harap di sini tidak ada kesan, hanya dari segi keadaannya tender terbuka, termasuk di kalangan kontraktor Kelas F. Sebagai contoh bila kita amalkan di Pulau Pinang, kita boleh lihat ada kontraktor-kontraktor bumiputera yang benar-benar buat kerja. Itu yang saya nak berikan tumpuan.” tambahnya.

Beliau berkata menerusi tender terbuka, tiada lagi rundingan terus mahupun tender terhad bagi sesuatu projek termasuk projek kerajaan seperti projek di bawah Perbadanan Nasional Berhad dan Majlis Amanah Rakyat.

Sementara itu, Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan menafikan dakwaan beberapa pemimpin Kelantan bahawa Belanjawan 2019 tidak memberi perhatian terhadap pembangunan di negeri-negeri Pantai Timur.

Beliau berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana peruntukan yang diberikan untuk setiap negeri dalam Belanjawan 2019 menunjukkan peningkatan dan kerajaan berlaku adil tanpa meminggirkan mana-mana negeri.

"Untuk negeri-negeri kita telah naikkan (peruntukan) daripada RM27.9 bilion kepada RM31.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan termasuk juga negeri Kelantan. Di sini bukan sahaja Pulau Pinang naik, Kelantan juga naik daripada RM1,214 juta kepada RM1,376 juta.


"Ini adalah sesuatu yang jelas sekali kita tidak pinggirkan mana-mana negeri, kita bertindak adil sungguhpun ini adalah datang daripada negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan persekutuan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin terutamanya daripada parti pembangkang menghentikan permainan sentimen berunsur fitnah jahat dan kebencian serta mengemukakan hujah berdasarkan fakta dan angka.

Malaysiakini

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Projek Kerajaan - Tiada Lagi Tandatangan Sokongan "Tok Wakil", yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Projek Kerajaan - Tiada Lagi Tandatangan Sokongan "Tok Wakil""

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel