Pusat Transit Banjir Buat Pengguna LPT2
Mengulas tentang Pusat Transit Banjir Buat Pengguna LPT2 adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Pusat Transit Banjir Buat Pengguna LPT2. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
Oleh: Adli Mohamad
Pusat Transit Banjir Buat Pengguna LPT2
Ghazali menunjukkan dewan yang dijadikan pusat transit. |
DUNGUN, 7 November - Pusat transit sementara akan dibuka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi bagi pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT)2 laluan Jerangau - Jabor yang terkandas.
Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman memaklumkan pusat transit berkenaan dibuka khas agar pengguna dapat berehat sementara menanti banjir di laluan berkenaan surut.
"Bagi pemandu dari Kuala Lumpur atau Kuantan menuju ke Terengganu keluar melalui Tol Bukit Besi, laluan mereka tidak bermasalah.
"Tetapi, bagi pemandu yang menggunakan jalan lebuhraya Jerangau- Jabor apabila melalui Bukit Besi sahaja akan terkandas.
"Ini kerana, kawasan jalan berhadapan dengan Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ) mudah dinaiki air dan kebiasaannya mengambil masa sekitar enam jam untuk surut dan boleh dilalui," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu meninjau Pusat Transit Banjir di dewan orang ramai Bukit Besi, kelmarin.
Menurut Ghazali, pusat berkenaan diwujudkan hasil cadangan pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
Pusat transit perlu dipastikan dalam keadaan baik untuk kegunaan pengguna. |
"Kami melihat ia perlu diwujudkan sebagai kemudahan kepada pengguna LPT2.
"Di pusat ini, mereka boleh berehat atau menunggu sehingga air mulai surut. Ini kerana, menukar haluan untuk berpatah balik akan memakan masa yang lama terutama jika banyak kenderaan pada waktu itu," katanya.
Beliau turut menasihati agar pengguna jalan raya mengamalkan sikap berhati-hati terutama ketika cuaca tidak menentu.
Dalam pada itu, ketika dihubungi semalam bagi mendapatkan maklum balas mengenai banjir di Bukit Besi, beliau memaklumkan tiada lagi tempat yang dinaiki air dan Pusat Pemindahan Banjir masih belum dibuka.
"Bagaimanapun, kita di peringkat DUN di dalam keadaan bersiap siaga dan setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan melaporkan dari semasa ke semasa keadaan kampung yang berpotensi dinaiki air," katanya. - teganukita.net
Khabar Lainnya:
Memuat...
Itulah Pusat Transit Banjir Buat Pengguna LPT2, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Pusat Transit Banjir Buat Pengguna LPT2"
Catat Ulasan