Satu Graduan, Satu Keluarga Di DUN Bukit Besi

Mengulas tentang Satu Graduan, Satu Keluarga Di DUN Bukit Besi adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Satu Graduan, Satu Keluarga Di DUN Bukit Besi. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Satu Graduan, Satu Keluarga Di DUN Bukit Besi


Oleh : Adli Mohamad 

DUNGUN, 14 November - Kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi yang jauh dari kepesatan bandar bukan suatu halangan untuk memastikan matlamat melahirkan sekurang-kurangnya seorang graduan dalam setiap keluarga tercapai.

Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, hasrat itu perlu sama-sama digembleng oleh semua dan tidak terhad hanya kepada pelajar, guru, jabatan dan agensi berkaitan, malah semua ibu bapa juga seharusnya mengambil serius aspek pendidikan anak-anak.

"Graduan ini akan berpotensi menjadi modal insan dan aset kepada Negeri Terengganu agar tercapai dan bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri iaitu Pelan Induk Negeri Terengganu Sejahtera (PINTAS) 2030.

"Walaupun berada di kawasan luar bandar ianya bukanlah alasan untuk memastikan anak-anak di Bukit Besi berjaya ke universiti. Ianya menuntut usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak," ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia, di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.

Ghazali berkata, bagi memastikan lahirnya sekurang-kurangnya seorang graduan dalam setiap keluarga dapat direalisasikan, kerajaan mengatur pelbagai program yang mengkhusus kepada ibu bapa supaya tahap kesedaran golongan itu terhadap pendidikan anak-anak sentiasa meningkat.  

"Golongan ibu bapa perlu diberi kesedaran dari sudut kecaknaan dan keprihatinan mereka kepada penguasaan pembelajaran anak-anak.

"Jika hanya disandarkan.pada guru semata-mata, maka kejayaan tidak akan dapat dijelmakan," katanya.

Menurutnya lagi, apa yang lebih penting, bukan semata-mata kejayaan akademik tetapi perlu juga cemerlang dari sudut akhlak dan sahsiah sebagai bekalan dan manfaat di dunia dan akhirat.

Dalam pada itu, beliau berharap agar, Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) yang pertama di Al-Muktaffi Billah Shah dalam DUN Bukit Besi bakal beroperasi tahun hadapan akan menjadi langkah terbaik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa akan datang. - teganukita.net

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Satu Graduan, Satu Keluarga Di DUN Bukit Besi, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Satu Graduan, Satu Keluarga Di DUN Bukit Besi"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel