Selamber Jer Anak Ku Nan Bayar Ikat Jamin RM 1 juta... Hidup Melayu!

Mengulas tentang Selamber Jer Anak Ku Nan Bayar Ikat Jamin RM 1 juta... Hidup Melayu! adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Selamber Jer Anak Ku Nan Bayar Ikat Jamin RM 1 juta... Hidup Melayu!. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Selamber Jer Anak Ku Nan Bayar Ikat Jamin RM 1 juta... Hidup Melayu!


Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas dua tuduhan menerima rasuah dan satu tuduhan pilihan menerima rasuah berjumlah RM3 juta, berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada tahun 2013.

Hakim Azman Ahmad turut memerintahkan Anggota Parlimen Putrajaya, 68, menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan menetapkan 12 Dis untuk sebutan semula kes.

“Pasport antarabangsa hendaklah diserah pada mahkamah sehingga kes selesai dan sekiranya (Tengku Adnan) ada memegang pasport diplomatik, perlu juga menyerahkan kepada mahkamah,” kata hakim itu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar Saifuddin Jaafar menawarkan wang jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan supaya Tengku Adnan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah serta melangsaikan jumlah jaminan itu sekali gus, hari ini.

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan berkata pihaknya bersetuju dengan jaminan yang dicadangkan tersebut dan bersedia melangsaikan bayaran jaminan itu hari ini namun memohon mahkamah membenarkan dua penjamin iaitu dua anak Tengku Adnan.

“Pihak pembelaan bersetuju dengan cadangan jaminan RM1 juta yang boleh dilangsaikan hari ini dan memohon mahkamah minta pihak bank dan pihak pejabat pendaftaran (bagi proses jaminan di kompleks mahkamah Jalan Duta) untuk tunggu (proses pembayaran), kedua-dua anak (Tengku Adnan) akan menjadi penjamin,” kata peguam itu.

Azman kemudiannya berkata: “Iya mereka (kaunter pendaftaran untuk jaminan dan bank) sedang menunggu”.

Azman juga membenarkan permohonan Tan supaya anak guamnya diikat jamin dengan dua orang penjamin dan membayar jaminan itu sekali gus hari ini.

Semasa pertuduhan hendak dibacakan, Tengku Adnan hanya duduk di dalam kandang tertuduh dan peguam Tan yang berdiri di tepi Tengku Adnan di luar kandang tertuduh, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mengalami sakit kaki.

Hakim itu meminta tertuduh berdiri dahulu dan sekiranya dia tidak mampu boleh memberitahu mahkamah.

Dalam kes jenayah, tertuduh hendaklah berdiri semasa pertuduhan dibacakan.

Pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar dan pasukan pembelaan turut dibarisi peguam Datuk S Satharuban, Quek Ming Sen dan Kee Shu Min.

Di Mahkamah Sesyen berlainan, pengarah syarikat Datuk Tan Eng Boon, 70, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi suapan wang tunai RM1 juta terhadap Tengku Adnan berhubung projek sama dibenarkan diikat jamin RM700,000 dengan dua penjamin.

Hakim Azura Alwi turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berhampiran pada setiap bulan dan membuat aku janji dengan mahkamah berhubung perjalanannya ke luar negara kecuali Singapura seminggu sebelum perjalanan.

Mahkamah menetapkan 12 Dis untuk sebutan semula kes itu. Anak serta anak saudara kepada Tan yang hadir ke mahkamah menjadi penjamin.

Terdahulu Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan menawarkan jaminan RM3 juta dan pasport antarabangsa tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Faisal Moideen yang mewakili Tan membantah jumlah jaminan itu kerana jumlah itu tidak adil untuk anak guamnya memandangkan suapan yang diberi hanya RM1 juta.

Faisal berhujah bahawa jaminan yang diberikan bertujuan memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan bukan sebagai hukuman terhadapnya, kerana anak guamnya sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada SPRM sepanjang tempoh siasatan berlangsung.

Faisal berkata sekiranya pasport anak guamnya diserahkan kepada mahkamah ia akan menyusahkan Tan memandangkan lelaki itu mempunyai perniagaan di Singapura dan menjalani rawatan bagi penyakit darah tinggi dan kencing manis di negara jiran itu.

"Selain mempunyai perniagaan anak guam saya juga mempunyai keluarga di Singapura dan beliau sendiri telah menerima rawatan kesihatan dengan doktor di Singapura sejak 2005," katanya yang turut memohon mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM350,000, sambil sesekali memandang ke arah anak guamnya yang tenang di dalam kandang tertuduh.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib membantah dengan alasan bahawa tertuduh berdepan dengan hukuman sehingga 20 tahun penjara kerana keseriusan kesalahan yang dilakukan, oleh itu tawaran jaminan yang tinggi tidak boleh dibezakan dengan wang jaminan bagi kes-kes yang lain.


Beliau berkata, tertuduh yang mempunyai perniagaan di Singapura berdepan dengan risiko tinggi jika melakukan perjalanan ke luar negara kerana beliau mempunyai penyakit.

Katanya tidak perlu membandingkan kes yang dihadapi tertuduh dengan kes-kes lain kerana setiap kes adalah berbeza.

Malaysiakini

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Selamber Jer Anak Ku Nan Bayar Ikat Jamin RM 1 juta... Hidup Melayu!, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Selamber Jer Anak Ku Nan Bayar Ikat Jamin RM 1 juta... Hidup Melayu!"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel