Semoga Membantu Penoreh - Kerajaan Tambat Harga Lantai Getah RM2.20

Mengulas tentang Semoga Membantu Penoreh - Kerajaan Tambat Harga Lantai Getah RM2.20 adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Semoga Membantu Penoreh - Kerajaan Tambat Harga Lantai Getah RM2.20. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Semoga Membantu Penoreh - Kerajaan Tambat Harga Lantai Getah RM2.20

Kementerian Industri Utama sedang mengambil perhatian tentang nasib penoreh getah berdasarkan kedudukan harga getah sekarang.

Menteri berkenaan Teresa Kok berkata kementerian telah membawa perkara itu ke Kabinet untuk penelitian Jemaah Menteri.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri pada Jumaat mengenai implikasi kos sekiranya kerajaan menaikkan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada paras sedia ada iaitu RM2.20 sekilogram.

“Semalam dalam mesyuarat Kabinet, saya telah memberitahu para anggota Kabinet tentang keadaan yang dialami oleh penoreh getah kita. Dan saya juga telah membentangkan kepada mereka bahawa sekiranya kerajaan memberikan apa-apa bentuk bantuan, apakah kos yang terlibat,” katanya.

Ditemui pemberita selepas melawat Pusat Mengumpul Getah (PMG) PRIMINIS Lembaga Getah Malaysia di sini hari ini, Teresa menarik perhatian bahawa paras harga (pengaktifan) kini ditetapkan pada RM2.20 sekilogram.

“Jadi, kalau harga getah jatuh di bawah RM2.20, LGM (Lembaga Getah Malaysia) akan ‘top up’ bagi mereka sehingga RM2.20. Jadi, mengikut pengiraan yang saya ada, sekiranya kesemua penoreh getah hari ini menuntut perbezaan sekiranya harga jatuh di bawah RM2.20 sekilogram itu, kerajaan kena adakan peruntukan sebanyak RM294 juta untuk dibayar kepada semua penoreh getah untuk membayar perbezaan harga getah itu.

“Jadi, ini adalah sistem Insentif Pengeluaran Getah. Ini adalah apa yang kita boleh lakukan sekarang,” kata menteri itu.

Menurutnya, jika ada pekebun kecil yang tidak berpuas hati dengan menyatakan kadar RM2.20 itu masih rendah, kementerian telah membuat pengiraan.

“Jika kita tingkatkan paras harga kepada RM2.50 (sekilogram), jadi, kerajaan perlu membayar RM657.54 juta kepada semua (yang terlibat). Ini memang satu angka yang sangat besar.

“Kita harus juga ingat kita ada pekebun kecil yang menanam tanaman lain macam sawit dan pekebun kecil yang lain juga mengalami keadaan yang susah sekarang. Jadi ini adalah kos yang perlu dibayar,” katanya.

Teresa berkata beliau telah membentangkan pengiraan itu kepada Kabinet dan Kementerian Kewangan telah menyatakan akan mengkaji perkara itu.

“Oleh kerana kita tahu keadaan persekitaran ekonomi kita sekarang ini kurang baik, jadi bagi Kementerian Kewangan saya rasa mereka perlu membuat pengiraan yang lebih teliti,” katanya.

FrontDesk

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Semoga Membantu Penoreh - Kerajaan Tambat Harga Lantai Getah RM2.20, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Semoga Membantu Penoreh - Kerajaan Tambat Harga Lantai Getah RM2.20"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel