TATiUC Sedia Program Untuk Pelajar Agama
Mengulas tentang TATiUC Sedia Program Untuk Pelajar Agama adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari TATiUC Sedia Program Untuk Pelajar Agama. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
TATiUC Sedia Program Untuk Pelajar Agama
Ustaz Satiful Bahri (tengah) di Sidang Media sempena Majlis Konvokesyen TATiUC Kali Ke 12 di Kemaman semalam. |
KEMAMAN, 12 November - Kerajaan Terengganu akan menyediakan peruntukan khas untuk pelajar lepasan institusi pengajian agama menyertai kursus di Tati University Collage (TATiUC) tahun hadapan.
Jumlah peruntukan perkapita itu akan diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pembentangan Belanjawan Terengganu 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akhir bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan negeri bersedia untuk menyediakan peruntukan khas bagi merangsang pelajar pengajian agama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil sijil awam di TATiUC.
Katanya, kerajaan negeri menyediakan bajet untuk memberi sokongan kepada anak-anak Terengganu khususnya bagi mengambil peperiksaan awam melibatkan kursus vokasional.
"Ini bertujuan supaya sekolah tahfiz, madrasah, pesantren, pusat-pusat pengajian agama seperti ini boleh di'upgrade'kan, kepada dua bidang pengajian termasuk pengajian agama dan vokasional, " jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas Majlis Konvokesyen TATiUC Kali Ke-12 di Telok Kalong, di sini semalam.
Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka seterusnya berkata, program ini dijangka akan bermula tahun hadapan.
"Ia akan bermula tahun hadapan dan kita (kerajaan) sediakan peruntukan sedikit untuk bajet bagi memberi sokongan kepada anak-anak negeri mendapat pendidikan yang lebih baik," katanya.
Menurut beliau, lebih 140 institusi pengajian agama akan mendapat manfaat dari program tersebut.
Bagaimanapun katanya, institusi berkenaan perlu berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Syarat-syarat pendaftaran dipermudahkan bagi membolehkan institusi berkenaan berdaftar.
"Kerajaan negeri berharap supaya mereka berdaftar agar kita selaraskan sesuatu yang menjadi keperluan kepada mereka.
"Usaha ini diharapkan mendapat sambutan daripada institusi pendidikan berkenaan.
"Kerajaan juga sentiasa memberi sokongan untuk memastikan infrastruktur pusat-pusat pengajian tersebut berada dalam keadaan baik," ujarnya lagi.
Ustaz Satiful Bahri mengharapkan masyarakat menyokong sekaligus memberi kepercayaan kepada TATiUC untuk melaksanakan program tersebut. - teganukita.net
Khabar Lainnya:
Memuat...
Itulah TATiUC Sedia Program Untuk Pelajar Agama, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "TATiUC Sedia Program Untuk Pelajar Agama"
Catat Ulasan