Terengganu Bangun Makmal Kualiti Madu Pertama Di Pantai Timur
Mengulas tentang Terengganu Bangun Makmal Kualiti Madu Pertama Di Pantai Timur adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Terengganu Bangun Makmal Kualiti Madu Pertama Di Pantai Timur. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
KUALA NERUS, 18 November - Kerajaan Terengganu menerusi Jabatan Pertanian Negeri bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membangunkan makmal untuk menguji ketulenan madu yang dihasilkan termasuk madu yang diternak atau madu yang dikutip daripada lebah liar.
Khabar Lainnya:
Terengganu Bangun Makmal Kualiti Madu Pertama Di Pantai Timur
Dr. Azman melihat proses ujian menggunakan mesin HPLC. |
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim berkata, banyak madu yang dijual di pasaran bukan madu yang tulen bermakna terdapat campuran gula.
"Industri madu adalah tumpuan baru negeri yang boleh menjana ekonomi rakyat dan negeri. Cuma, isunya ialah tahap ketulenan madu yang dihasilkan di pasaran.
"Sebelum ini, kita tidak memiliki satu alat moden untuk mengukur ketulenan produk secara saintifik.
"Alhamdulillah, dengan biaya kerajaan negeri dan disokong kepakaran UMT, kita berjaya wujudkan makmal ini yang pertama di pantai timur," katanya ketika melawat Makmal Kualiti Madu Pantai Timur di Kampus Utama UMT Gong Badak, hari ini.
Terengganu mampu bangun standard khusus untuk industri madu. |
Makmal bernilai RM420,000 itu memiliki mesin High Performance Liquid Chroatograph (HPLC) yang hanya memerlukan 100 gram sampel madu untuk menilai ketulenan kandungannya.
Beliau menjelaskan dengan kemudahan yang ada, proses ujian itu akan dijenamakan sebagai satu standard khusus secara berperingkat.
"Kita akan bermula daripada proses mendapatkan akreditasi sehingga memperoleh satu pensijilan rasmi. Dijangkakan ia akan selesai pada tahun hadapan," katanya.
"Makmal ini akan dibuka kepada pengusaha madu dengan harga yang belum ditentukan dan kami akan memastikan harganya lebih rendah daripada ujian untuk kormesial," katanya.
Industri madu lebah mampu jana ekonomi rakyat dan negeri. |
Pengurus makmal, Azmi Ismun menjelaskan, proses ujian mengambil masa 15 hari bekerja daripada peringkat awal sehingga keputusan dikeluarkan.
UMT dijangkakan akan mula menerima sampel pertamanya pada penghujung tahun ini.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan, Profesor Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak.
Memuat...
Itulah Terengganu Bangun Makmal Kualiti Madu Pertama Di Pantai Timur, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Terengganu Bangun Makmal Kualiti Madu Pertama Di Pantai Timur"
Catat Ulasan