TRENGLISH Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Terengganu - MB
Mengulas tentang TRENGLISH Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Terengganu - MB adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari TRENGLISH Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Terengganu - MB. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
KUALA TERENGGANU, 10 November - Kerajaan Terengganu menyokong usaha semua pihak dalam melahirkan pelajar Terengganu yang boleh menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris.
Khabar Lainnya:
TRENGLISH Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Terengganu - MB
Dato' A Rahman Yahya (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta terbaik MTC. Foto - Hishamuddin Abdullah |
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program Mega TRENGLISH Camp (MTC) seumpamanya bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan pelbagai aktiviti Bahasa Inggeris.
"Ianya berkonsepkan pembelajaran luar bilik darjah dan aktiviti-aktiviti yang diselitkan menekankan kemahiran komunikasi," ujarnya.
Katanya, salah satu rahsia untuk mencapai kejayaan terletak pada "komunikasi" dan ianya memainkan peranan yang besar dalam masyarakat pada hari ini.
"Bahasa yang paling banyak digunakan di luar sana tanpa ragu-ragu, pastinya bahasa Inggeris," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam teks yang dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato' A Rahman Yahya ketika mewakilinya merasmikan Majlis Penutup MTC 2018di Dewan Gamelan, Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.
Program tersebut merupakan usahasama antara kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu serta Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang ditaja oleh PETRONAS.
"Tahniah kepada PETRONAS sebagai salah satu penyumbang terbesar dalam MTC dan sokongan berterusan yang diberikan sepanjang empat tahun program ini dijalankan.
"Saya difahamkan, PETRONAS telah menyumbang kira-kira RM600,000 setiap tahun," kata beliau.
Program TRENGLISH telah berjalan selama lima tahun, bermula dari tahun 2014 hingga 2018dan MTC adalah acara kemuncak kepada program itu.
Bertemakan "Igniting The Spirit Of Success" (Nyalakan Semangat Kejayaan), program ini telah mengumpulkan seramai 240 pelajar tingkatan empat dan tiga dari 40 buah sekolah TRENGLISH di seluruh Terengganu.
Turut diadakan beberapa persembahan menarik daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Badak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang dan sebagainya.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Hishamudin Hashim, Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur, Haji Wan Mohd Hasnan Abdullah. - teganukita.net
Memuat...
Itulah TRENGLISH Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Terengganu - MB, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "TRENGLISH Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Terengganu - MB"
Catat Ulasan