Utusan: Laporan audit 1MDB dipinda atas arahan Najib

Mengulas tentang Utusan: Laporan audit 1MDB dipinda atas arahan Najib adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Utusan: Laporan audit 1MDB dipinda atas arahan Najib. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Utusan: Laporan audit 1MDB dipinda atas arahan Najib

MALAYSIAKINI

   

Laporan ketua audit negara mengenai 1MDB pada 2016 telah "dipinda" atas arahan perdana menteri ketika itu Najib Razak, menurut Utusan Malaysia.

Memetik sumber, akhbar harian milik Umno itu melaporkan pindaan yang melibatkan mengeluarkan maklumat berkaitan Najib dan Jho Low.

"Menurut sumber, pindaan itu difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat pembabitan bekas perdana menteri itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low (Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.

"Pindaan itu, tambah sumber berkenaan, difahamkan dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri.

"Sumber tersebut memberitahu, laporan asal itu mendedahkan bahawa Najib mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB," lapor akhbar itu.

Beberapa pegawai kanan kerajaan turut hadir sama pada mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri itu.

'Mungkin ditipu Jho Low'

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas dari pejabat Najib mengenai dakwaan ini.

Ketua Audit Negara Madinah Mohamad akan menyerahkan laporan audit "asal" mengenai 1MDB pada bulan depan, kata Utusan lagi.

Semalam, Najib memberitahu Sinar Harian dalam wawancara bahawa pentadbirannya mungkin telah ditipu oleh Low berdasarkan maklumat yang diketahui kini.

Pentadbiran Najib telah lama mempertahankan Low tidak ada kaitan dengan 1MDB, walaupun terdapat bukti yang dikemukakan pihak berkuasa negara lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Low didapati telah memainkan peranan utama dalam mendapatkan perkhidmatan bank Goldman Sachs untuk memudahkan pengeluaran bon pinjaman berjumlah berbilion ringgit untuk 1MDB.

Low berhadapan pertuduhan mengubah wang haram di Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Najib, yang juga bekas penasihat 1MDB dengan kuasa eksekutif, kini antara lainnya turut dikenakan pertuduhan pengubahan wang haram di Malaysia.


Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Utusan: Laporan audit 1MDB dipinda atas arahan Najib, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Utusan: Laporan audit 1MDB dipinda atas arahan Najib"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel