[VIDEO] Bukan Isu Parti Politik TETAPI Mempertahankan Islam dan Melayu

Mengulas tentang [VIDEO] Bukan Isu Parti Politik TETAPI Mempertahankan Islam dan Melayu adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari [VIDEO] Bukan Isu Parti Politik TETAPI Mempertahankan Islam dan Melayu. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

[VIDEO] Bukan Isu Parti Politik TETAPI Mempertahankan Islam dan Melayu


Walaupun termaktub dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi kita tak pernah pun edar Al-Quran di sekolah bukan Islam. Ni ada pulak berani edar bible d sekolah Islam.


BERTAM - Belum reda isu berkaitan pengedaran Bible di hadapan sebuah sekolah di Bukit Mertajam, sekali lagi kejadian pengedaran risalah agama bukan Islam dikesan diedarkan di Taman Kuala Bekah, Penaga.
Risalah tersebut dipercayai diedarkan lebih 280 buah rumah penduduk di taman ini.
Pengerusi KRT Taman Kuala Bekah Haslin Hashim berkata kejadian ini disedari kebanyakan penduduk di sini pada awal pagi tadi.
"Masa tu semua penduduk sedar dalam awal pagi, kebanyakannya baru siap nak menunaikan solat subuh, ada yang risalah tersebut dimasukkan dalam kotak surat, ada yang diselitkan di pagar.
"Saya dapati risalah ini diletakkan di atas pagar di rumah, bila tengok ni saya terus masukkan dalam aplikasi WhatsApp taman, dan ramai dah kecoh tentang ini," katanya.
Menurutnya, apa yang mengejutkan kejadian ini merupakan kali pertama berlaku di kawasan ini.
"Saya syak perkara ini berlaku dalam 3 pagi ke atas sebab sebelum tu beberapa anggota Komuniti Rukun Tetangga(KRT) telah menjalankan rondaan namun tak ada sebarang perkara yang mencurigakan.
"Sini pula kawasan yang majoritinya memang orang Melayu, memang kalau nak diikutkan tak pernah ada perkara sebegini berlaku sebelum ini," katanya.
Penduduk, Juhari Ahmad,54, berkata apa yang menjadi tanda tanya adalah motif pihak yang melakukan perkara ini.
"Kita pelik dan hairan mengapa perkara sebegini boleh berlaku, sedangkan di sini majoritinya Islam, kita nak tahu apa tujuan mereka buat macam ini.
"Apa yang saya kesalkan perkara sebegini sekaligus boleh mengakibatkan salah faham, negara kita berbilang agama dan bangsa, seharusnya perlu menghormati antara satu sama lain," katanya.
Jelasnya, dia antara penduduk yang menerima risalah ini yang mana diletakkan di pagar rumahnya.
"Memang terkejut, terkilan pun ada, bagi saya, tindakan sebegini dapat menjejaskan perpaduan sesama masyarakat," katanya.
Penduduk, Mohd Hamdan Osman, 48, berkata pihaknya berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara ini.
"Perkara sebegini melibatkan sensitiviti agama dan ia perlu diatasi dengan segera, dan masa sama, masyarakat perlu mencari solusi serta pendekatan berhemah berhubung perkara ini.
"Dalam soal ini, kita tidak mahu tuduh mana-mana pihak sebaliknya kita nak tahu apakah tujuan semua ini, dan siapa dalangnya yang mengakibatkan berlakunya perkara sebegini," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahkan mengenai kejadian.

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah [VIDEO] Bukan Isu Parti Politik TETAPI Mempertahankan Islam dan Melayu, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "[VIDEO] Bukan Isu Parti Politik TETAPI Mempertahankan Islam dan Melayu"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel