Zam dimasukkan ke ICU akibat masalah paru-paru

Mengulas tentang Zam dimasukkan ke ICU akibat masalah paru-paru adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Zam dimasukkan ke ICU akibat masalah paru-paru. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Zam dimasukkan ke ICU akibat masalah paru-paru

MALAYSIAKINI

   
Bekas menteri penerangan Zainuddin Maidin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital di Putrajaya hari ini selepas dilaporkan rebah akibat sukar bernafas di rumahnya di Precinct 10, malam semalam.

Menurut adiknya, Lazam Maidin, 68, abangnya, yang popular dengan panggilan Zam, kini dalam keadaan stabil tetapi masih lemah.

“Paru-parunya dilaporkan berair dan keadaannya sedang dipantau oleh doktor. Dia bukannya pengsan atau diserang penyakit jantung seperti yang dilaporkan.

“Dia sekarang sudah boleh bercakap tetapi lemah. Hanya keluarga dan sahabat terdekat dibenarkan melawat,” katanya.

Menurut Lazam, Zainuddin sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda berhubung masalah kesihatannya. Malah, katanya, abangnya sedang bersiap-sedia untuk membawa adiknya pulang ke kampung mereka di Kedah minggu ini.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak melawat abangnya yang memerlukan rehat yang secukupnya tetapi mendoakan kesihatannya.

Adalah difahamkan selain ahli keluarhga yang rapat, bekas Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Johan Jaafar adalah antara mereka yang menziarahinya hari ini.

Zainuddin, 79 tahun, adalah juga bekas ketua pengarang Utusan Malaysia sekitar lewat 1990an tetapi sejak kebelakangan ini sering membidas pentadbiran akhbar berkenaan.

Dalam tulisannya di blog, katanya, Umno selaku pemegang terbesar saham Utusan semasa pentadbirannya menyokong kerajaan BN tetapi suara pembangkang tidak dibenamkan terus sehingga dibenci orang seperti apa yang berlaku hari ini.

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Zam dimasukkan ke ICU akibat masalah paru-paru, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Zam dimasukkan ke ICU akibat masalah paru-paru"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel