Dr Balachandran Jelas Pendirian Tolak ICERD

Mengulas tentang Dr Balachandran Jelas Pendirian Tolak ICERD adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Dr Balachandran Jelas Pendirian Tolak ICERD. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Dr Balachandran Jelas Pendirian Tolak ICERD

Dr Balachandran Gopal Krishnan.
KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Malaysia yang merupakan negara di mana Islam adalah agama Persekutuan dan majoriti daripada rakyat adalah Melayu Islam mesti diterima dan dihormati oleh semua pihak.

Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, bagi orang Islam, cadangan untuk ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mengancam kedaulatan Raja-raja dan agama mereka.

"Bagi orang bukan Islam, ia memberi mereka keyakinan bahawa mereka akan dilindungi oleh undang-undang daripada dieksploitasikan. Kita memahami semua pihak mahu diterima dan dihormati sebagai orang Islam dan bukan Islam dengan  memastikan hak individu untuk hidup harmoni dan makmur terjamin.

"Namun, ICERD menjadi tidak relevan kerana Quran menggantikan ICERD tanpa sebarang syarat untuk membawa keadilan dalam erti kata yang benar. Perkauman adalah doktrin yang palsu, ia harus disingkir dari pemikiran dan fikiran kita.

"Apa jua jenis provokasi dari mana-mana pihak akan membantutkan usaha ke arah kesejahteraan dan  hanya menghasilkan kebencian terhadap satu sama lain. Kebencian tidak terhenti dengan kebencian, ia wajib digantikan oleh kuasa kasih sayang yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini, mengulas tentang pendiriannya dalam isu ICERD.

Dalam tumpuan sama, katanya, oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan dan agama majoriti warganegara, ia wajib memimpin dan menjaga orang Islam dan bukan Islam dalam menanamkan benih keharmonian dan kesejahteraan berteraskan keadilan yang disirami dengan kasih-sayang.

"Islam mesti memimpin dan bekerjasama dengan pihak bukan Islam  dalam mencaknakan kebajikan, keharmonian dan kemakmuran untuk semua serta mewujudkan suasana makmur di bumi ini dengan nikmat khidmat yang adil untuk semua dengan keredaan Pencipta Yang Maha Esa," jelasnya. - teganukita.net

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Dr Balachandran Jelas Pendirian Tolak ICERD, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Dr Balachandran Jelas Pendirian Tolak ICERD"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel