MB Terengganu Harap Rakyat Sahut Seruan

Mengulas tentang MB Terengganu Harap Rakyat Sahut Seruan adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari MB Terengganu Harap Rakyat Sahut Seruan. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

MB Terengganu Harap Rakyat Sahut Seruan

Dr. Samsuri bergambar bersama rombongannya dan pegawai pavilion.
SERDANG, 30 November - Kerajaan Terengganu memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membangunkan industri asas tani dalam Bajet Terengganu 2019 yang dibentangkan baru-baru ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah itu adalah permulaan kepada pembangunan asas tani di negeri itu.

"Sekiranya kita mampu menghasilkan sesuatu yang bermakna, kita akan cuba mencari lagi pembiayaan untuk mengembangkan industri ini.
Dr. Samsuri ingin industri tani Terengganu berkembang luas.
"Ini kerana, ia bukan mengenai industri sahaja tetapi ia mencipta pekerjaan bagi rakyat Terengganu.

"Saya berharap rakyat dapat menyahut seruan untuk menjadikan sektor ini satu perniagaan dan kerjaya.

"Kerajaan akan mencari jalan untuk membantu rakyat melaksanakannya," katanya ketika ditemui pemberita di Pavilion Terengganu sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018, hari ini.

Beliau yang ditemani isteri, Tuan Faizah Ab Rahman turut melawat produk-produk hasil inovasi negeri sambil memberi sokongan kepada pengusaha yang terlibat.

"Saya percaya pengusaha yang terpilih teruja dengan pemasaran di sini.

"Gunakan ruang yang diberikan untuk mempromosi bukan sekadar perniagaan, tetapi bawalah nama Terengganu ke peringkat lebih tinggi ke seluruh negara dan antarabangsa," katanya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa
Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr. Azman Ibrahim dan timbalannya, Hilmi Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman serta Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Norkhuzaini Ab. Rahman.

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah MB Terengganu Harap Rakyat Sahut Seruan, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "MB Terengganu Harap Rakyat Sahut Seruan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel