MPKK Digesa Tubuh Khairat Kematian

Mengulas tentang MPKK Digesa Tubuh Khairat Kematian adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari MPKK Digesa Tubuh Khairat Kematian. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

MPKK Digesa Tubuh Khairat Kematian


Oleh: Mohd Haniff Abas

KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) digesa untuk menubuhkan tabung khairat kematian untuk menjaga kebajikan penduduk kampung.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, khairat kematian adalah salah satu agenda ke arah negeri berkebajikan iaitu tidak mengharapkan bantuan sepenuhnya dari kerajaan tetapi bermuafakat untuk mengurus hal kebajikan yang berkait dengan masyarakat.

“Konsep negeri berkebajikan adalah di mana semua pihak terlibat dalam menjaga kebajikan rakyat termasuk syarikat korporat, agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan juga MPKK," tambah beliau.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Khairat Kematian Tanjung Sabtu Kali Pertama yang dianjurkan oleh MPKK Tanjung Sabtu di balairaya kampung berkenaan kelmarin.

“Syabas dan tahniah diucapkan kerana mengambil langkah dan inisiatif yang sangat baik ini.

“Ini bukan suatu kerja yang mudah kerana tidak banyak MPKK yang berjaya mewujudkan khairat kematian ini.

“Ada yang berjaya wujudkan, tetapi tidak aktif pula," ujar beliau lagi.


Beliau berdoa agar jawatankuasa tersebut akan terus bergerak dengan lebih berkesan dalam usaha untuk menjaga kebajikan masyarakat khususnya dalam hal-hal yang melibatkan kematian dan memperluaskan sumbangan kepada bantuan persekolahan untuk keluarga si mati.

“Kerajaan negeri sangat menggalakkan program kebajikan seperti ini sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Bajet 2019 Negeri Terengganu baru-baru ini dengan memasukkan 12 dari 20 manifesto yang dijanjikan.

“Antaranya RM17 juta diperuntukkan untuk kad sejahtera dan wad percuma kelas ketiga hospital kerajaan, RM14.7 juta untuk menampung kos daripada pengecualian cukai pintu rumah kediaman dan RM50 juta untuk bantuan pakaian dan alatan sekolah," tambahnya.

Beliau juga berpesan agar tidak lupa kepada kematian walaupun sibuk menguruskan kematian orang lain dan berharap agar semua MPKK mempunyai tabung khairat kematian suatu masa nanti. - teganukita.net

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah MPKK Digesa Tubuh Khairat Kematian, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "MPKK Digesa Tubuh Khairat Kematian"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel