Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati)

Mengulas tentang Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati) adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati). Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati)


KUALA LUMPUR: Hukuman mati mandatori bagi pelaku jenayah bunuh dengan sengaja adalah antara 32 kesalahan yang akan dipertimbangkan untuk dimansuhkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata pemansuhan hukuman mati kerana dikatakan bercanggah dengan hak asasi manusia itu turut terpakai kepada kes kematian bayi berusia 11 bulan, Jumaat lalu.
“Akta dimasukkan (dalam langkah pemansuhan ini) termasuk Kanun Keseksaan Seksyen 302, iaitu pembunuhan yang mana terikut dengan semua akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman gantung mati.
“Ini termasuk kepada kes yang disebutkan Yang Berhormat, keputusan berkenaan dibuat Jemaah Menteri pada 10 Oktober.
“Setakat ini, kertas memorandum (berhubung langkah pemansuhan hukuman gantung) masih dalam edaran di semua kementerian bagi mengambil kira pandangan orang awam dan pihak berkaitan.
“Ia bagi memastikan keputusan menyeluruh dicapai,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
Takiyuddin membangkitkan pertimbangan kerajaan sama ada masih mengekalkan usaha pemansuhan hukuman mati terhadap pelaku jenayah bunuh dengan sengaja, rompak dengan bunuh dan rogol dengan bunuh, selain terhadap dalang kes kematian membabitkan bayi.
Jumaat lalu, seorang bayi perempuan berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal, dilaporkan meninggal di Hospital Serdang selepas dua hari berada dalam keadaan tenat sebaik dibawa mendapatkan rawatan, dipercayai didera suami pengasuh.
Menjawab soalan asal Dr Kevin Yii Lee Wuen (PH DAP-Bandar Kuching) berhubung pendirian kerajaan untuk memberi pengecualian pemansuhan hukuman mati terhadap pelaku kes bayi Zara, Vui Keong, berkata insiden itu masih dalam siasatan polis.
“Sebaik selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pendakwa raya yang akan akan meneliti semua keterangan sebelum membuat keputusan sama ada suspek terbabit akan didakwa di mahkamah mengikut undang-undang.
“Dalam hal ini, kerajaan mengambil maklum semua pandangan yang dikemukakan pelbagai pihak,” katanya. - BH

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati), yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Adakah Membunuh itu HAK ASASI? (Mansuh Hukuman Mati)"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel