ADUN Muslimat Dilantik Akhir Bulan Ini
Mengulas tentang ADUN Muslimat Dilantik Akhir Bulan Ini adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari ADUN Muslimat Dilantik Akhir Bulan Ini. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
MARANG, 16 November - Kerajaan Terengganu bakal mencipta sejarah baharu apabila usul perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kalangan muslimat akan diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 25 hingga 29 November ini.
ADUN Muslimat Dilantik Akhir Bulan Ini
Haji Yahaya Ali. |
Yang Dipertua DUN Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, turut dilantik seorang senator juga dari muslimat menggantikan seorang senator yang telah tamat tempoh perkhidmatannya baru-baru ini.
Katanya, nama-nama mereka akan diumumkan dalam persidangan DUN tersebut.
"Dua isu ini akan dapat diselesaikan. Insya-Allah usul berkait dengan ADUN yang dilantik dari kalangan wanita akan dibawa.
"Begitu juga senator baharu bagi menggantikan senator lama yang telah habis tempoh perkhidmatan juga akan dibawa ke dalam persidangan DUN kali ini.
"Siapa dia mereka itu, akan dimaklumkan dalam persidangan DUN nanti," katanya dalam Sidang Media selepas Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-kanak Taska Permata Keluarga Daerah Marang di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.
Menjawab satu soalan pemberita, Haji Yahaya berkata, ADUN berkenaan akan mengangkat sumpah dan akan mengambil tempat duduk yang disediakan berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu dan Peraturan-peraturan Tetap DUN (Standing Order).
"Sebagaimana yang menjadi peraturan sidang dewan iaitu merujuk kepada Undang-undang tubuh Kerajaa Negeri dan peraturan-peraturan tetap dewan, itu adalah perkara yang mesti disempurnakan.
"Maksudnya, selepas daripada usul itu mendapat persetujuan daripada dewan, dia (bakal ADUN itu) akan terlebih dahulu mengangkat sumpah dan seterusnya dia mengambil tempat yang telah ditetapkan sebagai ahli dewan," ujarnya.
Cuma katanya, ADUN wanita yang dilantik itu merupakan satu perkara baharu yang belum pernah dibuat di Terengganu.
"Ini merupakan satu sejarah bagi kerajaan negeri kerana ahli yang dilantik ini mempunyai hak untuk berbahas dan menyuarakan pandangan.
"Cumanya dia tiada kuasa mengundi sahaja kerana dia merupakan ADUN dilantik, " jelasnya.
Berhubung kriteria pemilihan ADUN dan Senator, beliau berkata, kerajaan mengambil semua faktor kepimpinan termasuk latar belakang profesional, pendidikan agama dan orang muda sebagaimana menjadi hasrat masyarakat Terengganu.
"Jadi kerajaan negeri telah memilih calon ini dengan mengambil kira semua kehendak dan juga pandangan masyarakat," jelasnya lagi. - teganukita.net
Khabar Lainnya:
Memuat...
Itulah ADUN Muslimat Dilantik Akhir Bulan Ini, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "ADUN Muslimat Dilantik Akhir Bulan Ini"
Catat Ulasan