Bajet 2019 : Kerajaan Usaha Atasi Muara Sungai Cetek
Mengulas tentang Bajet 2019 : Kerajaan Usaha Atasi Muara Sungai Cetek adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Bajet 2019 : Kerajaan Usaha Atasi Muara Sungai Cetek. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
Bajet 2019 : Kerajaan Usaha Atasi Muara Sungai Cetek
KUALA TERENGGANU, 26 November - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu telah menyediakan rangka "Term of Reference" (TOR) bagi tujuan perlantikan perunding untuk melakukan kajian serta rekabentuk terperinci bagi cadangan mendalam Pelabuhan Chendering di bawah pengawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelabuhan tersebut merupakan pelabuhan utama bagi nelayan yang keluar masuk ke laut bagi menjalankan aktiviti penangkapan ikan laut.
Katanya, pada masa ini, pelabuhan tersebut mengalami masalah muara cetek akibat mendapan pasir yang berlaku di muara sungai.
"Faktor cuaca dan perubahan iklim adalah salah satu faktor yang menyebabkan struktur pemecah ombak yang sedia ada tidak dapat berfungsi dengan baik yang menyebabkan mendapan pasir berlaku dengan cepat dan menyebabkan muara cetek, " jelas beliau.
Dr Samsuri berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Yang Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini.
Ustaz Muhammad Khalil dalam soalannya ingin tahu langkah-langkah kerajaan untuk mendalamkan Pelabuhan Chendering dan Muara Kuala Ibai.
Seterusnya Menteri Besar berkata, muara Ibai juga merupakan satu-satunya laluan bot-bot nelayan bagi Kampung Kuala Ibai, Kampung Chendering, Kampung Tok Adis, Kampung Laut dan Kampung Pengkalan Setar.
"Masalah besar dihadapi oleh nelayan-nelayan di sini adalah isu kecetekan muara sungai dan kuala tertutup.
"Ianya telah dirasai sejak bertahun tahun lalu dan keadaan ini semakin buruk, " kata beliau.
Fenomena ini, jelas beliau telah menjadi penghalang kepada aktiviti keluar masuk bot-bot nelayan yang mana terpaksa menunggu air pasang.
Faktor kecetekan kuala sungai juga menjejaskan aktiviti sukan riadah di kawasan tersebut terutama bagi acara sukai air seperti kenu dan berkayak.
Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, bagi mengatasi masalah muara Kuala Ibai, Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Terengganu telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Pusat di bawah Rolling Plan ke-4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke 11 (RM Ke11) bagi 'Cadangan Pemuliharaan Muara Sungai Ibai' dengan kos sebanyak RM30 juta.
Walau bagaimanapun kata beliau dukacita dimaklumkan permohonan ini tidak diluluskan.
Sebagai langkah jangka pendek, Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan sebuah syarikat swasta bagi menjalankan aktiviti mengorek, mendalam dan mengeluarkan bahan pasir dari muara berkenaan secara percuma.
"Kelulusan ini akan berakhir pada 31 Disember 2018," jelasnya. - teganukita.net
Khabar Lainnya:
Memuat...
Itulah Bajet 2019 : Kerajaan Usaha Atasi Muara Sungai Cetek, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Bajet 2019 : Kerajaan Usaha Atasi Muara Sungai Cetek"
Catat Ulasan