Bantuan RM10,000 Sebulan Buat Rakyat DUN Sura
Mengulas tentang Bantuan RM10,000 Sebulan Buat Rakyat DUN Sura adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Bantuan RM10,000 Sebulan Buat Rakyat DUN Sura. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
Oleh: Mohd Asraf
Bantuan RM10,000 Sebulan Buat Rakyat DUN Sura
Bantuan keperluan ringankan beban penduduk. |
DUNGUN, 17 November - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura mengagihkan bantuan bulanan berupa beras dan barang keperluan harian membabitkan peruntukan berjumlah RM10,000 kepada golongan kurang berkemampuan di sekitar DUN itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, peruntukan tersebut merupakan hasil sumbangan orang ramai yang ingin membantu mereka yang memerlukan.
“Kita berusaha memastikan peruntukan setiap bulan mencukupi RM10,000 untuk diagihkan kepada mereka yang layak dan selain sumbangan, jumlah itu diperoleh daripada potongan sebahagian gaji saya sendiri," katanya.
Sumbangan itu diagihkan dalam Majlis Penyampaian Bantuan Bulanan Fakir Miskin DUN Sura bagi bulan November di Masjid Lama Kampung Sura.
Seramai 60 penduduk menerima sumbangan dalam majlis itu daripada jumlah keseluruhan 180 penerima yang menerima baki agihan di tiga lagi pusat agihan.
Wan Hapandi memaklumkan, bantuan sebegini sudah lama dilaksanakan semenjak beliau dilantik sebagai wakil rakyat.
"Program bulanan hasil inisiatif kita sendiri ini tetap berjaya dilaksanakan dengan jumlah peruntukan bulanan yang sama.
"Disebabkan itu, kita tetap meneruskan program ini apabila menjadi kerajaan pada hari ini," katanya.
Majlis tersebut turut dihadiri wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat, wakil cawangan PAS Dun Sura serta ahli jawatankuasa yang terlibat. - teganukita.net
Khabar Lainnya:
Memuat...
Itulah Bantuan RM10,000 Sebulan Buat Rakyat DUN Sura, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Bantuan RM10,000 Sebulan Buat Rakyat DUN Sura"
Catat Ulasan