Bekas Polis Polis Sukarelawan (Ditamatkan Perkhidmatakan) Terlibat Dalam Rusuhan

Mengulas tentang Bekas Polis Polis Sukarelawan (Ditamatkan Perkhidmatakan) Terlibat Dalam Rusuhan adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Bekas Polis Polis Sukarelawan (Ditamatkan Perkhidmatakan) Terlibat Dalam Rusuhan. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Bekas Polis Polis Sukarelawan (Ditamatkan Perkhidmatakan) Terlibat Dalam Rusuhan


Bukit Aman menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi memburu mereka yang terbabit dalam rusuhan di Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya sehingga menyebabkan seorang anggota bomba cedera parah.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun, berkata pasukan itu akan membantu polis Selangor dalam usaha memburu mereka yang dikehedaki terbabit dalam insiden berkenaan.

Pasukan itu juga akan menyiasat kumpulan yang melakukan rusuhan di syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd semalam.

Kita tubuhkan 'task force' untuk perkara ini...kita juga sudah hantar satu pasukan dari Bukit Aman bagi membantu polis Selangor bagi mengesan mereka yang terlibat.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran buku pembuktian dan pendakwaan serta buku panduan siasatan jenayah melibatkan agen kimia, bilogikal radiologikal nuklear dan letupan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras, pagi tadi.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim.

Dalam kejadian rusuhan malam kelmarin, anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, cedera parah diserang perusuh mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.

Muhammad Adib yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Subang Jaya dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).


Polis & Bomba Cedera

Polis telah menahan lebih 20 individu setelah 23 kenderaan dibakar dalam rusuhan dua hari berturut-turut itu.

Sementara itu, Mohd Fuzi berkata, dalam kejadian rusuhan itu bukan saja anggota bomba cedera parah, malah anggota polis juga turut cedera diserang perusuh.

Katanya, kawalan dipertingkatkan di kawasan kuil berkenaan dan sehingga kini semuanya dalam keadaan terkawal.

Sementara itu, Mohd Fuzi menafikan terdapat anggota polis terbabit dalam rusuhan berkenaan seperti mana video yang tular di media sosial.

Itu sebab saya kata, semakan yang kita buat dia bukan anggota polis, dia hanyalah Polis Sukarelawan Simpanan (PVR) pada suatu ketika tetapi disebabkan masalah tertentu kita sudah tamatkan khidmat dia.
Kenyataan-kenyataan pihak tertentu katakan anggota polis terlibat, maka itu adalah tidak benar sama sekali.

PVR merupakan satu daripada cabang bantuan sumber tenaga manusia polis bagi menjalankan pencegahan dan membanteras jenayah dengan lebih berkesan dan lebih efektif.


9 Individu Berprofil Tinggi Dipanggil

Beliau turut mengulas mengenai sembilan individu yang dipanggil untuk memberi keterangan termasuk Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Wathyamoorthy berhubung isu perkauman.

Mohd Fuzi berkata, empat daripada mereka sudah hadir memberi keterangan.

Malaysiakini

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Bekas Polis Polis Sukarelawan (Ditamatkan Perkhidmatakan) Terlibat Dalam Rusuhan, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Bekas Polis Polis Sukarelawan (Ditamatkan Perkhidmatakan) Terlibat Dalam Rusuhan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel