Uncle LIDAH geram dalam video viral BUKAN polis, kata KPN
Mengulas tentang Uncle LIDAH geram dalam video viral BUKAN polis, kata KPN adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Uncle LIDAH geram dalam video viral BUKAN polis, kata KPN. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
Khabar Lainnya:
Uncle LIDAH geram dalam video viral BUKAN polis, kata KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan seorang lelaki yang menunjukkan geram dalam sebuah rakaman video tersebar di media sosial semalam, bukan anggotanya yang didakwa terbabit dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.
Fuzi berkata, beliau sedia maklum mengenai rakaman video dan gambar lelaki yang didakwa anggota polis itu, tetapi hasil semakan mendapati individu berkenaan ialah bekas Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) ditamatkan perkhidmatannya atas faktor lain yang tiada kaitan dengan rusuhan di kuil itu.
“Semakan yang kita buat dia bukan anggota polis, dia hanyalah PVR pada suatu ketika, tetapi disebabkan masalah tertentu, kita sudah tamatkan khidmat dia,” katanya selepas melancarkan buku panduan dan siasatan melibatkan agen kimia di Maktab PDRM, hari ini.
“Kenyataan-kenyataan pihak tertentu katakan anggota polis terlibat, itu adalah tidak benar sama sekali.
“Dia ditamatkan perkhidmatan kerana sebelum ini ada isu lain. Lagipun dia bukan polis, hanya PVR yang kita lantik bertugas lazimnya di sebelah petang, yang banyak terdapat di negeri dan seluruh negara.”
PVR ialah cabang bantuan sumber tenaga manusia polis bagi menjalankan pencegahan dan membanteras jenayah dengan lebih berkesan.
Orang awam boleh menjadi menyertai PVR sebagai anggota polis separuh masa untuk membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.
Fuzi berkata, sebuah pasukan petugas khas sudah ditubuhkan untuk memburu dalang dalam kekecohan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman sejak awal pagi Isnin lalu, termasuk individu yang menyerang anggota polis serta bomba.
“Kita sudah tubuhkan ‘task force’, kita sudah hantar pasukan dari Bukit Aman untuk membantu (polis) Selangor mengesan mereka yang terlibat, termasuk menyerang anggota bomba dan anggota kita.
“Dalam proses kita mengumpulkan maklumat dan bukti, kita juga perlukan maklumat daripada orang ramai untuk tampil ke hadapan, mungkin mereka ada buat rakaman video,” katanya sambil menambah kawalan diperketatkan di sekitar kawasan Kuil Sri Maha Mariamman.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan mempunyai cara menghindari rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman berulang pada masa depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy pula dilaporkan berkata, kuil itu tidak akan dirobohkan sehingga mendapat penyelesaian penuh dan mereka akan berbincang dengan peguam negara untuk mengekalkan tempat ibadat itu.
Kuil itu sepatutnya dipindahkan pada 22 November lalu, susulan penyelesaian mahkamah melibatkan kerajaan Selangor dan pemaju, One City Development Sdn Bhd bersama 2 penuntut terhadap pentadbiran kuil itu, K Chellapa dan M Nagaraju.
Bagaimanapun, sekumpulan penganut di kuil Hindu itu berkeras tidak mahu berpindah ke tapak baru kira-kira 3km dari lokasi sedia ada, walaupun kuil itu bersetuju berbuat demikian dalam satu penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2014. - FMT #CelahGelegar
Memuat...
Itulah Uncle LIDAH geram dalam video viral BUKAN polis, kata KPN, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Uncle LIDAH geram dalam video viral BUKAN polis, kata KPN"
Catat Ulasan