Belanjawan 2019 Tidak Adil Untuk Institusi Pendidikan Agama

Mengulas tentang Belanjawan 2019 Tidak Adil Untuk Institusi Pendidikan Agama adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Belanjawan 2019 Tidak Adil Untuk Institusi Pendidikan Agama. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Belanjawan 2019 Tidak Adil Untuk Institusi Pendidikan Agama

Ahmad Amzad ketika berucap di Majlis Ihtifal Al-Baghdadi Playtime Centre, di Grand Puteri Hotel, semalam.

Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU, 18 November – Belanjawan 2019 yang dibentangkan di Dewan Parlimen oleh Menteri Kewangan, Lin Guang Eng, baru-baru ini disifatkan tidak seimbang dan tidak adil apabila memperuntukkan perbelanjaan untuk sekolah agama dan tahfiz sama dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyifatkan belanjawan itu tidak dilaksanakan secara berhemah apabila menyediakan peruntukan sama sedangkan sekolah tahfiz dan agama lebih banyak serta memerlukan perbelanjaan yang lebih besar bagi menampung kekurangan dari pelbagai aspek.

“Belanjawan yang telah dikemukakan baru-baru ini di peringkat Parlimen adalah belanjawan yang sangat tidak seimbang. Sekolah Cina dapat peruntukan RM50 juta, manakala sekolah agama dan tahfiz juga dapat RM50 juta.

“Jadi jumlah ini dibahagi sekata kepada semua sekolah-sekolah tersebut, sedangkan bilangan sekolah agama dan tahfiz jauh lebih banyak dari sekolah Cina, jadi jumlah belanjawan untuk setiap tahfiz jauh lebih sikit dari setiap Cina. Adilkah begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ihtifal Al-Baghdadi Playtime Centre, di Grand Puteri Hotel, di sini, semalam.

Ahmad Amzad berkata, jumlah yang kecil kepada sekolah agama dan tahfiz itu akan membantutkan usaha pembangunan yang mahu dilaksanakan untuk memperkasakan institusi pendidikan agama dan Islam dalam negara.

Antara peruntukan yang diumumkan Guan Eng adalah RM50 juta untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), SJKC (RM50 juta), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) (RM50 juta), Sekolah Berasrama Penuh (RM50 juta), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (RM50 juta), Sekolah Mubaligh (RM50 juta), Sekolah Tahfiz (RM50 juta) dan Sekolah Pondok yang berdaftar (RM25 juta). - teganukita.net

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Belanjawan 2019 Tidak Adil Untuk Institusi Pendidikan Agama, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Belanjawan 2019 Tidak Adil Untuk Institusi Pendidikan Agama"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel