Dua Adun DAP Isytihar Sokong ICERD, Malaysia Tak Perlu Pengasingan Seperti Label Bumiputera.

Mengulas tentang Dua Adun DAP Isytihar Sokong ICERD, Malaysia Tak Perlu Pengasingan Seperti Label Bumiputera. adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Dua Adun DAP Isytihar Sokong ICERD, Malaysia Tak Perlu Pengasingan Seperti Label Bumiputera.. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Dua Adun DAP Isytihar Sokong ICERD, Malaysia Tak Perlu Pengasingan Seperti Label Bumiputera.

Setahu kita, pengisytiharan “Deklarasi Setapak” yang dirumuskan oleh pelopor DAP pada tahun 1967, adalah satu bukti kepercayaan parti DAP bahawa prinsip kesaksamaan antara kaum mesti diterapkan dalam proses pembangunan negara, terutamanya apabila kita berada dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum.


Dalam “Deklarasi Setapak”, pendirian DAP adalah sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”.

Kalau kita melihatnya dalam konteks hari ini, ideologi DAP pada ketika itu adalah satu pendirian yang bersifat inklusif dan berpandangan jauh.

Namun begitu, lihat balik kepada dasar dan polisi yang kami kemukan pada hari ini, adakah DAP semakin beranjak ke hadapan? Atau sebaliknya kami tidak lagi melihat kepada ideologi yang diperjuangkan selama ini?

Perlu ingat, “Deklarasi Setapak” adalah satu deklarasi yang telah membentuk hala tuju perjuangan DAP bagi merealisasikan impian “Malaysia untuk rakyat Malaysia”.

Selama berpuluh-puluh tahun ini, DAP kekal menentang dasar asimilasi yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional, iaitu dasar “Satu Bangsa, Satu Budaya, Satu Bahasa”.

Sejarah perjuangan pemimpin-pemimpin parti kita, sudah tentu boleh menjadi sebuah rujukan bagaimana penolakan dasar diskriminasi kaum dilakukan.

Visi DAP adalah membina sebuah masyarakat yang tiada pengasingan di antara warna kulit atau kaum. DAP memperjuangkan masyarakat yang memberi peluang saksama kepada setiap individu untuk mengejar dan merealisasikan impian masing-masing.

Itulah sebabnya DAP masih tetap berdiri teguh di atas tanah air ini sehingga hari ini dan kini berjaya mendapat mandat rakyat bertukar dari parti pembangkang ke parti memerintah selepas PRU14 pada bulan Mei yang lalu.

Maka, sebagai ahli DAP, kami patut memahami erti sebenar dan justifikasi kesamarataan kaum.

Jangan sesekali terpengaruh dengan kenyataan bahawa perpaduan rakyat hanya boleh dicapai dengan merendahkan status atau kedudukan kaum masing-masing.

Ini bukanlah erti “kesaksamaan untuk setiap rakyat” tetapi ia namanya ialah “asimilasi semua rakyat”.

Kita mesti tahu, perbezaan warna kulit bukannya satu dosa atau alasan untuk menafikan hak seseorang.

Tetapi, politik yang berasaskan prinsip perkauman dan diskriminasi barulah penyumbang kemerosotan negara, dan sekali gus memusnahkan perpaduan negara kita yang tercinta ini.

Sekiranya DAP masih bertekad untuk menjadi sebuah “parti untuk semua rakyat”, caranya bukanlah untuk menggesa rakyat merendahkan status bangsa masing-masing, atau hanya membawa masuk ahli baru yang berlainan kaum.

Ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD. (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD))

Seterusnya, DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran, dan sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.

Gantikannya dengan dasar yang berkepentingan memelihara hak setiap kaum, agar semua bangsa di Malaysia dapat terus hidup makmur bersama, demi negara yang mendukung prinsip kita semua sama.

Chow Yu Hui
ADUN TRAS

Chiong Yoke Kong
ADUN TANAH RATA

Kenyataan media bersama oleh Chow Yu Hui dan Chiong Yoke Kong di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 9 November 2018

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Dua Adun DAP Isytihar Sokong ICERD, Malaysia Tak Perlu Pengasingan Seperti Label Bumiputera., yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Dua Adun DAP Isytihar Sokong ICERD, Malaysia Tak Perlu Pengasingan Seperti Label Bumiputera."

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel