Mat Sabu akui AMANAH sukar tembusi Terengganu

Mengulas tentang Mat Sabu akui AMANAH sukar tembusi Terengganu adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Mat Sabu akui AMANAH sukar tembusi Terengganu. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Mat Sabu akui AMANAH sukar tembusi Terengganu




Mat Sabu akui AMANAH sukar tembusi Terengganu
 
 
Peguam Datuk Zamani Mohamad menyerahkan borang keahliannya kepada Mohamad Sabu di Konvesyen AMANAH Negeri Terengganu hari ini
 
Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengingatkan ahli-ahlinya di peringkat negeri Terengganu agar sama-sama berganding bahu mencari mekanisma terbaik bagi meningkatkan jumlah keahlian di negeri itu.

Bercakap di Konvensyen AMANAH Negeri Terengganu yang berlangsung jam 3 petang tadi Mohamad mengakui Terengganu salah satu negeri yang sukar untuk ditembusi AMANAH kerana ia salah satu kubu kuat Pas selain Kelantan.

“Kita berumur 3 tahun di Terengganu kita hadapi kesukaran untuk kembangkan AMANAH, siapa pun yang pimpin negeri ini sama ada Terengganu atau Kelantan masing-masing adalah kubu kuat Pas.

“Dua negeri ini Pas perintah walaupun pernah hilang kuasa kemudian berkuasa semula. Ertinya kita sama-sama akui negeri Terengganu paling kuat Pas,” katanya.

Malah katanya, semua pihak perlu sama-sama bertanggungjawab dan menyedari hal ini bukannya menunding jari menyalahkan antara satu sama lain.

“Jangan salahkan orang itu orang ini, kita sama-sama pikul tanggungjawab termasuklah kami di peringkat nasional, kena melihat mengapa sambutan kepada AMANAH dan PH masih agak rendah di negeri ini,” katanya.

Tambahnya, bukan senang untuk mana-mana parti merungkaikan semula kekuatan yang dibina di negeri Terengganu dan ianya memerlukan masa yang sesuai.

“Saya bersimpati dengan pejuangan AMANAH, Keadilan, Bersatu yang tidak berapa subur buat masa ini tetapi kita ada masa depan yang tetap gemilang,” katanya diikuti tepukan gemuruh para peserta yang memenuhi dewan di Wisma Peladang Terengganu.

Mohamad melahirkan rasa bersyukur walaupun AMANAH di usia setahun jagung kini keahlian parti itu sudah mencecah lebih 100,000 ahli dengan penyertaan paling ramai dari negeri Selangor, Kedah, dan Johor.

Namun katanya, walaupun Kelantan juga kubu kuat Pas tetapi pergolakan politik negeri itu telah mendorong peningkatan keahlian AMANAH yang dianggarkan hampir 2000 ahli setiap bulan.

“Ianya cukup memberangsangkan. Di Kelantan seorang pimpinana utama Mustapa Mohamed berhijrah ke Bersatu sedikit sebanyak memberi kesan politik, ekoran selepas itu 1,700 golongan pemuda serahkan borang ahli sertai PH,” ujarnya,

Justeru, Mohamad mengingatkan pimpinan AMANAH untuk sama-sama muhasabah dan bukan mencari kelemahan mana-mana pemimpin tetapi mencari kelemahan organisasi penerangan untuk sama-sama garap demi masa depan AMANAH.

Sehubungan itu, Mohamad turut menerima 300 borang keahlian daripada wakil Besut, 80 keahlian daripada wakil Kemamam dan 123 keahlian daripada wakil Dungun dan diikuti seorang peguam Datuk Zamani Mohamad menyerahkan borang keahliannya terus kepada Mohamad.

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Mat Sabu akui AMANAH sukar tembusi Terengganu, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Mat Sabu akui AMANAH sukar tembusi Terengganu"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel