Ibu Bapa Berperanan Bentuk Modal Insan Anak-Anak
Mengulas tentang Ibu Bapa Berperanan Bentuk Modal Insan Anak-Anak adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Ibu Bapa Berperanan Bentuk Modal Insan Anak-Anak. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
Ibu Bapa Berperanan Bentuk Modal Insan Anak-Anak
Oleh:Hidayah Azlin
|
SETIU, 16 November - Pembentukan modal insan bermula dari rumah dalam usaha membentuk peribadi mulia dalam kalangan anak-anak bagi melahirkan generasi yang cemerlang dalam semua aspek.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata ia merupakan cabaran besar kepada ibu bapa masa kini untuk mengubah mentaliti dan cara berfikir anak-anak yang lemah berhadapan cabaran dunia.
"Sayang bila anak-anak yang sepatutnya menjadi aset bagi masa depan namun kita tidak mampu melahirkannya.
"Sangat penting untuk anak-anak diukir dan dicorak dari kecil lagi kerana mendidik anak dari kecil seumpama mengukir di atas batu. Ukirannya akan kekal untuk satu tempoh yang lama. Sementara mula mendidik anak ketika dewasa seumpama mengukir di atas air batu. Kesannya hanya seketika," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Rendah Kerandang 2018, di sini semalam.
Lebih 140 murid termasuk pra sekolah diraikan sebagai penerima anugerah kecemerlangan pendidikan dan kokurikulum dalam pelbagai anugerah termasuklah pencapaian akademik, sahsiah, imam muda dan kokurikulum bagi menaikkan semangat mereka dalam menuntut ilmu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, elemen terpenting dalam proses pembentukan modal insan yang berjaya adalah manusia yang menjaga hubungan baik antara manusia dan Allah SWT.
"Kepuasan sebenar adalah kita meletakkan diri sebetulnya sebagai hamba dan solat merupakan simpulan terakhir bagi menghubungkan kita sebagai hamba dengan Pencipta kita.
"Jika kita rasa kita boleh hidup sendiri, tentulah kehidupan seseorang itu tiada haluan,"ujarnya lagi.
Menurutnya, hidup bermasyarakat dapat melahirkan kemanisan walaupun berlaku pertukaran kerajaan tanpa menimbulkan perasaan negatif dalam masyarakat.
" Saya amat bersyukur kerana antara kita dapat memainkan peranan yang terbaik terutama Guru Besar, Guru-guru, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ibubapa dan lain-lain.
"Saya dimaklumkan rata-rata ibu bapa di sekolah ini merupakan petani dan penoreh getah, saya nyatakan kita perlu bangga menjadi anak seorang petani. Kita tak perlu jadi anak orang besar untuk berjaya tapi jiwa yang besar akan membolehkan anak orang kecil seperti kita berjaya.
"Walaupun SK Kerandang Besut sebuah sekolah luar bandar, pencapaian akademik dan ko korikulum sangat membanggakan. Anak-anak inilah modal insan aset masa depan keluarga, masyarakat dan ummah.
"Kerajaan negeri tentunya meletakkan sektor pendidikan sebagai agenda penting negeri yang diberi tumpuan khusus dalam Bajet 2019," katanya. - teganukita.net
Khabar Lainnya:
"Walaupun SK Kerandang Besut sebuah sekolah luar bandar, pencapaian akademik dan ko korikulum sangat membanggakan. Anak-anak inilah modal insan aset masa depan keluarga, masyarakat dan ummah.
"Kerajaan negeri tentunya meletakkan sektor pendidikan sebagai agenda penting negeri yang diberi tumpuan khusus dalam Bajet 2019," katanya. - teganukita.net
Memuat...
Itulah Ibu Bapa Berperanan Bentuk Modal Insan Anak-Anak, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "Ibu Bapa Berperanan Bentuk Modal Insan Anak-Anak"
Catat Ulasan