ICERD: Kaum mana yang ditindas?-kuseman.com
Mengulas tentang ICERD: Kaum mana yang ditindas?-kuseman.com adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari ICERD: Kaum mana yang ditindas?-kuseman.com. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
Khabar Lainnya:
ICERD: Kaum mana yang ditindas?-kuseman.com
Awas agenda tersembunyi ICERD
Oleh: Ku Seman Ku Hussain
Adalah suatu yang pelik lagi mencurigakan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy bersungguh-sungguh mahu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ini menggambarkan seolah-olah akan atau telah berlaku diskriminasi kaum dan ICERD sebagai jalan keluarnya. Tunjukkan kaum mana satu menjadi mangsa diskriminasi?
Konvensyen ini sebenarnya sudah lapuk dan ketinggalan zaman malah banyak negara tidak membuat ratifikasi tersebut. Ada pemimpin di negara ini pula terhegeh-hegeh mahu menyambutnya. Konvensyen ini sebahagian daripada lakonan Barat seolah-olah menentang diskriminasi tetapi pada masa sama menjadi pemangkin diskriminasi yang memberi faedah kepada Barat.
ICERD bukan sahaja tidak bermanfaat malah mendedahkan negara ini pada jerat terma-terma yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Asal usul ICERD adalah Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 beracuan Barat. Lebih daripada itu ICERD sangat lapuk dalam konteks Malaysia yang jauh lebih awal tampil sebagai penentang diskriminasi di pentas dunia.
Ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) masih lena dibuai mimpi, Malaysia telah bangkit menentang dasar apartied di Afrika Selatan. Apakah ini bukan penentangan terhadap diskriminasi? Kemudian Malaysia berada di barisan depan menentang pembersihan etnik Bosnia tahun 1990-an dan terbaru kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar.
Malaysia tidak memerlukan ratifikasi hak asasi manusia yang lapuk seperti ICERD. Lebih menyulitkan apabila pengecualian di sesebuah negara terhadap perkara yang disebut dalam ICERD masih boleh dicabar oleh negara lain supaya digugurkan. Ini mendedahkan kepada satu penjajahan Barat terhadap hal ehwal dalaman negara ini.
Persoalan yang belum terjawab ialah kenapa teruja sangat dengan konvensyen yang lapuk ini? Adakah kaum tertentu dinafikan mendapat hak yang sama seperti orang Melayu dan bumiputera? Adakah orang Melayu penindas kejam seperti orang kulit putih di Afrika Selatan?
Bukanlah suatu yang mustahil kalau Perkara 153 (Hak-hak keistimewaan orang Melayu), Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan), Perkara 89 (Tanah Rizab Melayu) dan Perkara 3(1) (Islam sebagai Agama Persekutuan) dibaca sebagai satu bentuk diskriminasi dalam acuan Barat. Ini merujuk Perkara 2.2 ICERD yang mengungkapkan bahawa segala bentuk diskriminasi kaum mesti dihentikan selepas tempoh masa tertentu.
Kalau dilihat dari sudut pandang yang penuh musihat dan berkepentingan, kelihatan orang Melayu diberi kelebihan dan keistimewaan oleh Perlembahaan Persekutuan.
Bagaimanapun kalau diteliti dengan jujur, orang Melayu tidak menggunakan kelebihan itu, apa lagi untuk menindas kaum lain. Sebaliknya orang Melayu yang ditindas secara terhormat kerana terlalu bertolak ansur dan ditolak secara beransur-ansur.
Bagaimanapun kalau diteliti dengan jujur, orang Melayu tidak menggunakan kelebihan itu, apa lagi untuk menindas kaum lain. Sebaliknya orang Melayu yang ditindas secara terhormat kerana terlalu bertolak ansur dan ditolak secara beransur-ansur.
Lihatlah bagaimana Perkara 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tidak diendahkan oleh sesetengah dalam kalangan bukan Melayu. Keadaan ini ditambah dengan sekolah vernakular pengantar bahasa ibunda yang dibantu oleh kerajaan. Sudahlah ingkar Perkara 152 diberi bantuan pula. Ini mendokong Perkara 152 atau apa?
Kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan pun telah digugah oleh pihak tertentu walaupun Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menggariskan kebebasan mengamalkan agama selain Islam. Tidak wujud langsung diskriminasi beragama terhadap kaum tertentu.
Menerima ratifikasi ICERD dengan sendirinya menafikan beberapa perkara teras dan asas dalam Perlembagaan Persekutuan. Janji manis bahawa ada “pengecualian” terhadap perkara-perkara tertentu ICERD menimbulkan persoalan apabila frasa “menghapus diskriminasi” sangat kukuh dan dominan dalam konvensyen itu. Bacalah yang tersirat dari tersurat.
(Petikan Utusan Malaysia 2 November 18)
Memuat...
Itulah ICERD: Kaum mana yang ditindas?-kuseman.com, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "ICERD: Kaum mana yang ditindas?-kuseman.com"
Catat Ulasan