ICERD: Perang belum tamat, bekas ketua hakim ingatkan Melayu

Mengulas tentang ICERD: Perang belum tamat, bekas ketua hakim ingatkan Melayu adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari ICERD: Perang belum tamat, bekas ketua hakim ingatkan Melayu. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

ICERD: Perang belum tamat, bekas ketua hakim ingatkan Melayu


Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengingatkan orang Melayu perlu terus berhati-hati dan tidak berpuas hati dengan keputusan Putrajaya tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Katanya, situasi politik dalam negara boleh berubah dan perdana menteri mungkin bertukar, di mana pendirian perdana menteri seterusnya mengenai ICERD tidak diketahui.
Kita mungkin sudah memenangi satu pertempuran, tetapi perang belum lagi tamat. Saya percaya kumpulan yang tidak senang adanya hak keistimewaan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, tidak akan berdiam diri.
“Jika perdana menteri tidak bertukar pun, mungkin tekanan terhadapnya di dalam kerajaannya sendiri terlalu kuat hingga beliau terpaksa membuat U-turn. Sejak 9 Mei 2018, kita sudah melihat beberapa kali U-turn dibuat.
“Sebab itu kita perlu terus berwaspada dan bangun menentang semula, jika perlu. Kerajaan tidak boleh memberi jaminan konvensyen itu tidak akan diratifikasikan di masa depan,” katanya berucap dalam Kongres Tolak ICERD di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
ICERD diluluskan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 1965. Tetapi, kumpulan Melayu dan parti politik tertentu bimbang ia akan menghakis hak Melayu serta Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Malaysia tidak akan menandatangani ICERD, sebaliknya terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara.
Hamid berpuas hati dengan pendirian kerajaan Pakatan Harapan tidak mengiktiraf ICERD ketika ini.
Bagi saya, kita boleh terima kerajaan PH tidak akan meratifasi ICERD, sekurang-kurangnya buat masa ini. Tafsiran saya ialah kerajaan PH tidak akan meratifikasi ICERD kerana ia hendak mempertahankan Perlembagaan.”
Tetapi, beliau mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendedahkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan 90 minit dengan pengarang akhbar berbahasa Cina pada 23 November lalu berhubung isu ICERD.
“Soalan saya yang pertama, mengapa beliau hanya memanggil pengarang-pengarang akhbar Cina, jika beliau hendak membuat kenyataan akhbar. Adakah ada sesuatu yang tersembunyi yang beliau tidak mahu orang Melayu tahu?
“Mengapa selepas kenyataan itu dikeluarkan pun, orang-orang yang menentang ICERD masih dikatakan ‘memainkan sentimen masyarakat Melayu’ dengan menggunakan isu ICERD?”
Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyifatkan orang Melayu yang menentang ICERD sebagai rasis.
Yang peliknya, orang Melayu yang mempertahankan hak mereka seperti yang dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dikatakan rasis. Tetapi, orang bukan Melayu yang hendak mengambil hak orang Melayu tidak rasis.
“Saya seru semua rakyat Malaysia, termasuk Lim dan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) P Waytha Moorthy, marilah terima kenyataan kerajaan PH yang mereka sendiri menjadi anggota Kabinetnya dan jangan lagi menuduh penentang ICERD sebagai rasis dan pelampau, jika mereka mahu cuba mewujudkan perpaduan.”

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah ICERD: Perang belum tamat, bekas ketua hakim ingatkan Melayu, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "ICERD: Perang belum tamat, bekas ketua hakim ingatkan Melayu"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel