Industri 4.0 vs Kerajaan Malaysia Baru

Mengulas tentang Industri 4.0 vs Kerajaan Malaysia Baru adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Industri 4.0 vs Kerajaan Malaysia Baru. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Industri 4.0 vs Kerajaan Malaysia Baru


Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai pemain besar industri utama dunia mula membangkitkan tentang kesediaan mereka untuk beralih kepada Indusri 4.0. Kita juga mendengar perihal Industri 4.0 ini seringkali diperkatakan oleh media massa terutamanya oleh pihak kerajaan sejak 2 tahun lepas.

Tetapi berapa ramaikah rakyat Malaysia yang sedar dan faham apa itu Industri 4.0? Apakah langkah atau inisiatif yang pihak kerajaan telah dan akan laksanakan supaya Malaysia tidak ketinggalan di dalam mendakap Industri 4.0 ini?


Fasa ledakan zaman industri

Ledakan industri pertama ( Industri 1.0) bermula sekitar pertengahan abad ke 18 apabila teknologi wap diperkenalkan. Ledakan ini juga dikenali sebagai revolusi teknologi pembuatan. Pengenalan teknologi wap telah membantu para pengilang mengurangkan penggunaan tenaga buruh dan seterusnya menjadikan pengeluaran mereka lebih efisyen. Ledakan ini juga merupakan titik permulaan kepada peralihan daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian secara lebih serius.

Pada awal tahun 1900-an, teknologi elektrik mula diperkenalkan secara besar-besaran dan diguna pakai oleh para pengilang. Teknologi eletrik ini telah mencetuskan permulaan untuk Industri 2.0 dimana para pengilang mampu untuk meningkatkan pengeluaran mereka berkali ganda walaupun dengan masa yang sama jika dibandingkan dengan penggunaan teknologi sebelum ini. Peningkatan pengeluaran ini telah mendorong kepada pengurangan kos pembuatan dan akhirnya kos jualan barangan dapat dikurangkan.

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, pada tahun 2000 bermulalah fasa baru dengan ledakan Industri 3.0 apabila teknologi automasi dan digital mula mengambil alih dan peranan di dalam kebanyakan proses pengilangan dan industri-industri utama dunia. Ledakan Industri 3.0 telah mendorong lebih banyak penggunaan mesin dan robot secara automatik. Pengunaan mesin automatik dan robotik seperti ini banyak digunakan di dalam sektor automotif dan juga elektonik.

Bermula pada tahun 2011, banyak negara-negara maju mula memperkatakan tentang Industri 4.0 dan memberikan fokus ke arah persediaan transisi kepada penggunaan teknologi komputer dan automasi dengan cara yang lebih baharu. Ledakan Industri 4.0 telah memberikan nafas baharu terhadap cara komunikasi di antara empat perkara asas iaitu Manusia, Mesin, Alat Peranti dan juga Sensor.

Ledakan Industri 4.0 telah melahirkan pengoptimasian sistem automasi, penganalisian secara _“big data”_, kemampuan untuk melakukan simulasi melalui sistem applikasi, dan pengintegrasian beberapa sistem terpilih. Kesemua ini boleh membantu pemain industri menyelesaikan banyak masalah yang sukar dan sebelum ini dikatakan hampir mustahil untuk diselesaikan.

Ledakan teknologi Industri 4.0 juga telah membolehkan para pemain industri membuat ramalan atau _”preventive action”_ sebelum berlakunya sesuatu masalah berdasarkan kajian _“big data”_ dan simulasi. Peningkatan drastik teknologi juga telah menyebabkan mesin kini mempunyai kemahiran berfikir secara sendiri atau dikenali sebagai _“artificial intellegence”_ (AI) yang membolehkan mesin belajar dan meningkatkan keupayaan mereka untuk menganalisis dan melakukan kerja.


Inisiatif Malaysia

Sejak dari tahun 2017, Malaysia melalui kerajaan terdahulu kelihatan begitu agresif di dalam memberikan galakkan dan penerangan mengenai Industri 4.0.

Antara langkah kerajaan terdahulu ialah dengan memberikan penekanan yang serius terhadap penyediaan modul dan kursus pendidikan seperti memperkenalkan kursus yang selari dengan keperluan Industri 4.0 melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan juga di universiti-universiti awam.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dibawah pimpinan YB Khairy Jamaluddin juga pernah merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan Microsoft Malaysia untuk memperkenalkan teknologi bertaraf dunia di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Di bawah transformasi digital ILKBS, sekolah vokasional akan mengguna pakai kurikulum Microsoft dan memanfaatkan Microsoft Imagine Academy bagi melatih pelajar. Menurut YB Khairy lagi, inisiatif digital ILKBS tersebut bertujuan membangunkan modal insan yang bersedia untuk memenuhi keperluan masa depan, sebagai tindak balas terhadap persekitaran global yang berubah dengan melengkapkan alatan seiring perubahan industri.

Walaupun kerajaan telah berubah selepas PRU yang lalu, namun komitmen untuk menjayakan transisi ke arah Industri 4.0 masih diteruskan malah diperhebatkan lagi oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng ada menggariskan sekurang-kurangnya tujuh langkah ke arah persediaan menghadapi Industri 4.0.


  1. Memperuntukkan RM240 juta bagi menyokong transisi menuju Industri 4.0 dengan membantu lebih 500 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
  2. Mewujudkan sistem rujukan Knowledge Resource for Science & Technology Excellence (KRSTE.my) dengan peruntukkan RM2 juta bagi membantu perkongsian maklumat dan penyelidikan dikalangan pemain industri.
  3. RM2 bilion juga disediakan dibawah Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan (SJPP) untuk PKS bagi menggalakkan membuat pelaburan di dalam bidang automasi dan pemodenan.
  4. Menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan saiz dana sebanyak RM3 bilion bagi merancakkan industri robotik dan kecerdasan buatan.
  5. MIDA melalui Dana Impak Tinggi akan berterusan menyediakan geran bagi menggalakkan inisiatif Industri 4.0.
  6. Kerajaan melalui Khazanah Nasioanal Berhad akan membangunkan 80 ekar tanah di Subang sebagai hab aeroangkasa bertaraf dunia.
  7. Penyediakan potongan cukai dua kali kepada syarikat yang melaksanakan program-program tertentu seperti memberikan latihan kepada para pelajar kejuruteraan dan teknologi.


Sebagai tambahan kepada 7 langkah diatas, kerajaan PH juga telah memperuntukkan RM1 bilion untuk melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bagi membangunkan infrastruktur jalur lebar serta meningkatkan kelajuan jalur lebar mencapai 30Mps dikawasan luar bandar. Kesemua langkah ini telah membuktikan keseriusan kerajaan Malaysia bagi menghadapi ledakan Industri 4.0 tanpa prejudis.

Ledakan Industri 4.0 negara akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan baru yang berkualiti tinggi dengan menawarkan kadar gaji yang lebih tinggi dan memerlukan latar pendidikan teknikal yang baik.


Hapus peluang pekerjaan?

Memang benar, kepesatan perkembangan teknologi akan menghapuskan sebahagian peluang pekerjaan. Namun sebahagian besar peluang pekerjaan yang dikatakan akan terhapus itu merupakan jenis _“low skill”_ dan seperti yang kita maklum kebanyakkan pekerjaan jenis ini diisi oleh pekerja warga asing. Kita juga harus sedar, ledakan Industri 4.0 akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan baru yang berkualiti tinggi dengan menawarkan kadar gaji yang lebih tinggi dan memerlukan latar pendidikan teknikal yang baik.

Jika kita soroti laporan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), kadar pengangguran anak muda di Malaysia lebih daripada 10% dan bersamaan dengan 3 kali ganda lebih tinggi daripada kadar pengangguran nasional. Ini menunjukkan anak muda terutamanya lepasan kolej dan universiti mempunyai kadar keboleh pasaran yang agak rendah. Pihak majikan menyalahkan para graduan universiti yang didakwa tidak memiliki kemampuan berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris dengan baik. Ada juga laporan-laporan tertentu yang menunjukkan bahawa terdapat kursus-kursus yang ditawarkan di IPT tidak mempunyai peluang pekerjaan yang baik di Malaysia.

Disamping kita memuji tindakan proaktif kerajaan di dalam menyediakan Malaysia untuk Industri 4.0 dengan menyediakan pelbagai inisiatif dan pelan tindakan, kita juga harus mengingatkan kerajaan sedia ada untuk memperbaiki masalah-masalah berbangkit contohnya isu pengangguran yang tinggi dikalangan anak muda. Kajian komprehensif dan telus oleh pihak tidak perkepentingan perlu dilakukan bagi mencari punca sebenar kadar pengganguran yang tinggi. Adakah benar disebabkan oleh masalah komunikasi di dalam bahasa Inggeris atau pun sebenarnya industri di Malaysia memang tidak mampu mencipta peluang pekerjaan yang cukup dan selari dengan jumlah graduan yang dilahirkan di Malaysia saban tahun? Ini berkaitan soal _“supply and demand.”_

Ini kerana terdapat lebih 10% daripada anak muda yang tidak bekerja, tetapi tidak pula kedengaran rungutan daripada para pengilang atau majikan da _Journal of Asia Economy_ yang hasilkan oleh penyelidik dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang bertajuk _“Discrimination in high degrees: Race and graduate hiring in Malaysia”_ menunjukkan terdapat diskriminasi kaum di dalam pengambilan pekerja. PH di dalam Buku Harapan ada membuat janji untuk menubuhan Suruhanjaya Peluang Saksama. Tujuan Suruhanjaya ini adalah untuk menangani amalan pengambilan pekerja yang bersifat diskriminasi dan tidak adil di sektor awam dan juga sektor swasta. Janji 33 ini masih belum terlaksana dan menteri berkenaan tidak pula melaporkan sebarang kemajuan bagi melaksanakan tuntutan janji ini.


Bersediakah Malaysia?

Disamping memperkenalkan beberapa inisiatif yang baik bagi menggalakkan transisi ke arah Industri 4.0, kerajaan juga perlu memberikan tumpuan kepada usaha penambahbaikan dengan menangani masalah-masalah yang berbangkit. Ini adalah penting supaya apabila usaha-usaha transisi Industri 4.0 telah terlaksana kelak, ianya tidak menatijahkan pelebaran masalah sedia ada kerana tiada usaha serius yang dijalankan untuk menanganinya.

Malaysia akan lebih bersedia jika kita mengambil pendekatan holistik dengan melihat kehadapan tanpa melupakan beban yang tercicir dibelakang!


Malaysia Dateline

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Industri 4.0 vs Kerajaan Malaysia Baru, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Industri 4.0 vs Kerajaan Malaysia Baru"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel