Kek Untuk Puan Bos! - Kod Rahsia Jho Low Kepada Isteri MO1, Dedah DOJ

Mengulas tentang Kek Untuk Puan Bos! - Kod Rahsia Jho Low Kepada Isteri MO1, Dedah DOJ adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Kek Untuk Puan Bos! - Kod Rahsia Jho Low Kepada Isteri MO1, Dedah DOJ. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Kek Untuk Puan Bos! - Kod Rahsia Jho Low Kepada Isteri MO1, Dedah DOJ

Kek untuk Puan Bos! Itulah kod rahsia digunakan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low bagi merasuah isteri kepada ‘Malaysian Official 1’ (MO1).

Related

Portal berita Wall Street Journal (WSJ) melaporkan, kod itu digunakan oleh Jho Low dalam perbualan dengan bekas Pengarah Asia Goldman Sachs, Tim Leissner menggunakan aplikasi ‘Chat Messenger’ pada 2014.

Ketika itu, Jho Low dan Leissner berbincang bagi mendapatkan satu lagi urusniaga membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kod itu didedahkan oleh pendakwa raya Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang percaya perkataan ‘Madam Boss’ atau Puan Bos itu merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam dokumen pendakwaannya membabitkan skandal 1MDB di New York, Amerika Syarikat (AS).

Beberapa bulan selepas itu, akaun bank yang dikawal Leissner kemudian memindahkan wang berjumlah AS$4.1 juta (RM17 juta) ke akaun milik saudagar emas di New York.
Wang itu digunakan bagi membayar harga barang kemas bermutu tinggi yang dibeli Rosmah.

Dalam dokumen pendakwaan itu juga, disebut bahawa Goldman menaja jamin tiga jualan bon untuk 1MDB menggunakan kod nama Projek Magnolia, Maximus dan Catalyze.

Bagaimanapun, sebanyak AS$2.7 bilion (RM11.2 bilon) daripada AS$6.5 (RM27.1 bilion) hasil jualan bon itu kemudian dipindahkan kepada beberapa akaun termasuk milik Jho Low dan Leissner.

“Wang daripada akaun berkenaan digunakan bagi merasuah pegawai kerajaan, membiayai dana kecemasan bagi satu tabung dikawal Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan membayar kos barang kemas milik Rosmah.
“Bagaimanapun, sebanyak AS$200 juta (RM835 juta) dimasukkan ke akaun milik Leissner dan beberapa sekutu yang bersubahat dengannya, manakala Roger Ng pula menerima AS$24 juta (RM100 juta),” katanya.

Semalam, Leissner mengaku bersalah atas dua tuduhan pengubahan wang haram milik 1MDB serta pemberian rasuah terhadap pegawai di Malaysia dan di Abu Dhabi yang melanggar FCPA dengan menipu institusi kewangan itu.

Susulan itu, Leissner diarah mengembalikan wang sebanyak RM180 juta (AS$43.7 juta) kepada kerajaan AS.

MSN

Khabar Lainnya:

Itulah Kek Untuk Puan Bos! - Kod Rahsia Jho Low Kepada Isteri MO1, Dedah DOJ, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

Related Posts

0 Response to "Kek Untuk Puan Bos! - Kod Rahsia Jho Low Kepada Isteri MO1, Dedah DOJ"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel