Landasan Terbaik Muslimat Jadi Calon PRU Akan Datang

Mengulas tentang Landasan Terbaik Muslimat Jadi Calon PRU Akan Datang adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari Landasan Terbaik Muslimat Jadi Calon PRU Akan Datang. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

Landasan Terbaik Muslimat Jadi Calon PRU Akan Datang

Dr Ahmad Samsuri meneliti dokumen sejurus selesai majlis angkat sumpah ADUN wanita yang baharu Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU, 29 November - Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita pertama di Terengganu, Zuraida Md Noor bakal menjadi landasan terbaik untuk PAS Terengganu mengemukakan calon muslimat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu mempunyai ramai tokoh-tokoh wanita yang boleh diketengahkan sebagai calon ADUN dan mampu memenangi pilihan raya umum untuk menganggotai barisan kepimpinan negeri.

“Pelantikan ini sebagai satu landasan untuk kita membina kepimpinan dan ketokohan wanita...Saya percaya wanita di Terengganu ramai tokoh yang mampu diketengahkan, namun atas sebab suasana demografi dan sebagainya di Terengganu menyebabkan  mereka tidak menjadi calon pilihan raya.
“Peristiwa pada hari ini (pelantikan ADUN) sebenarnya membuka ruang kepada wanita di masa akan datang untuk menjadi wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya. Jadi kita berharap ini merupakan satu permulaan yang menunjukkan keterbukaan kita supaya dapat membawa aspirasi semua golongan di Terengganu,” katanya.


Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian sejurus selesai Sidang DUN di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Zuraida yang juga Pengarah Ameerah negeri mengangkat sumpah memegang jawatan itu selama sepenggal bagi tempoh lima tahun, hari ini di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.
Pemilihan itu dibuat selaras dengan pelantikan ADUN yang termaktub dalam Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu yang diluluskan ketika era pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004.
Ibu kepada tiga cahaya mata yang lahir tanggal 1 Ogos 1980 di Kuala Terengganu, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tengku Bariah sebelum ke Terengganu Advanced Technical Institute (1998-2002) dalam Diploma In Manufacturing Engineering(Major in Tool  & Die Design).
Sebelum itu, Menteri Besar berkata, pelantikan itu akan menjadi sejarah baharu buat Terengganu dan mengharapkan isu wanita dan suara golongan hawa akan dibawa ke persidangan DUN untuk diselesaikan di peringkat negeri dan Pusat.
“Kena faham konteks politik di Terengganu, di mana kehadiran ADUN wanita ini seingat saya tidak pernah berlaku sebelum ini dalam pilihan raya.

"Jadi pada kesempatan hari ini juga membuka ruang untuk wanita, bahawa wanita Terengganu juga mampu memberi hujah dan berperanan dalam DUN,"katanya.
Mengulas mengenai situasi sidang DUN, beliau berpuas hati dengan perjalanan persidangan sepanjang lima hari sejak Ahad lalu yang berjalan lancar dan menonjolkan budaya politik baru apabila pihak kerajaan dan bukan kerajaan boleh berbincang bersama bagi mencari penyelesaian untuk rakyat.

Beliau juga berharap situasi tenang dan positif yang turut ditonjolkan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri lain itu juga akan berterusan pada persidangan DUN akan datang. -
teganukita.net

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah Landasan Terbaik Muslimat Jadi Calon PRU Akan Datang, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "Landasan Terbaik Muslimat Jadi Calon PRU Akan Datang"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel