MEMALUKAN bila PM terpaksa Ajar Sejarah ASAL USUL kepada Menteri Melayu PH
Mengulas tentang MEMALUKAN bila PM terpaksa Ajar Sejarah ASAL USUL kepada Menteri Melayu PH adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari MEMALUKAN bila PM terpaksa Ajar Sejarah ASAL USUL kepada Menteri Melayu PH. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.
Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.
Khabar Lainnya:
MEMALUKAN bila PM terpaksa Ajar Sejarah ASAL USUL kepada Menteri Melayu PH
Adakah pemimpin negara tidak ambil endah atau sengaja ketepikan sejarah kerana mereka tahu bukti ini negara Islam, bumi Melayu?
1 Rabiulawal 1440H, Jumaat – “Agak memalukan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa ‘mengajar’ jemaah menteri mengenai sejarah negara,” demikian kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Haji Aminuddin Yahaya.
Semalam, perdana menteri mengadakan pertemuan tertutup dengan menteri dan timbalan menteri Melayu bagi mengingatkan mereka tentang sejarah negara.
“Saya kena memberitahu sejarah negara kita supaya semua faham asal usul kita. Dengan itu, kita tidak akan lakukan perkara-perkara tidak baik yang mungkin pernah berlaku,” kata Dr Mahathir.
Mengulas perkara itu, Haji Aminuddin berkata, hakikat sehingga Dr Mahathir terpaksa mengajar sejarah kepada pemimpin-pemimpin negara, membuktikan ceteknya pengetahuan mereka mengenai sejarah.
“Atau mungkin mereka tahu tapi tidak mengambil endah atau sengaja mengenepikan sejarah, kerana mereka tahu sejarah membuktikan bahawa negara ini adalah negara Islam dan bumi ini adalah bumi Melayu.
“Mereka takut kepada kenyataan ini. Sikap seperti ini selalunya akan mengundang lebih banyak keburukan dari kebaikan. Sebab itu saya yakin Dr Mahathir terpaksa mengambil masa ‘mengajar’ mereka mengenai sejarah yang mana bagi saya agak memalukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, Haji Aminuddin berharap penjelasan perdana menteri akan menjadikan menteri lebih matang dan berhati-hati dalam tindakan dan kenyataan mereka.
“Jangan ikut sedap mulut saja sehingga menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Kegagalan memahami sejarah akan menyebabkan kita akan mengulangi kesalahan yang sama,” katanya.
Selain itu, Haji Aminuddin turut mengingatkan bahawa mengenali sejarah bukan sahaja sekadar hiburan cerita masa lampau, tetapi ia mengajar masyarakat erti dan nilai perjuangan dan pembentukan negara.
Bukan itu sahaja, sejarah juga bermakna kita perlu mengenali tokoh pejuang, kepentingan kerjasama dan timbang rasa, kesilapan lalu yang menyakitkan dan pelbagai lagi.
“Nilai-nilai inilah yang menjadi panduan untuk pemimpin mencorakkan negara di masa hadapan,” katanya.
Memuat...
Itulah MEMALUKAN bila PM terpaksa Ajar Sejarah ASAL USUL kepada Menteri Melayu PH, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.
0 Response to "MEMALUKAN bila PM terpaksa Ajar Sejarah ASAL USUL kepada Menteri Melayu PH"
Catat Ulasan