PPBM kepada Dap: Jangan Takut TUTUP sekolah vernakular

Mengulas tentang PPBM kepada Dap: Jangan Takut TUTUP sekolah vernakular adalah hal yang cukup menarik, terlebih untuk anda yang memang sedang mencari PPBM kepada Dap: Jangan Takut TUTUP sekolah vernakular. Nah kami sudah menyiapkan data yang cukup akurat untuk Anda baca, yang memang mengulas tentang berita atau kabar terkini tentang Malaysia.

Khabar yang sering kita dengan dari orang lain, mungkin masih membuat Anda penasaran dan ingin mengetahuinya, dan berusaha mencarinya di internet, dan tanpa sengaja menemukan situs malaysepekan.blogspot.com, maka Anda sudah berada di tempat yang tepat, karena kami memang menyediakan informasi dan khabar terbaru tentang malaysia, baik khabar politik, olahraga, sosial, jawatan kosong dan banyak lagi lainnya.

PPBM kepada Dap: Jangan Takut TUTUP sekolah vernakular


Pemuda PPBM menyarankan DAP jangan takut mengangkat identiti sebenar Malaysia berteraskan perlembagaan, membidas kenyataan ahli parlimen parti itu agar PPBM tidak takut meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Exco Pemuda PPBM Pusat, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata sekiranya DAP ikhlas, mereka harus beralih kepada asas perlembagaan, khususnya mengenai bahasa dan pendidikan.
Sekolah vernakular seharusnya diserap menjadi sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu diangkat dan diguna pakai sepenuhnya sebagai bahasa rasmi.
“Buat Charles Santiago dan barisan pendokong ICERD, jangan takut untuk pulangkan peruntukan bajet kepada sekolah jenis kebangsaan atau sekolah vernakular dan jangan pula takut untuk menutup sekolah vernakular,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dibuat selepas Charles dilaporkan berkata Pemuda PPBM dan Umno seharusnya tidak bimbang dan takut terhadap proses meratifikasi ICERD.
Ahli Parlimen Klang itu berkata, ICERD tidak akan membatalkan hak istimewa orang Melayu atau Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Sebelum itu, Pemuda PPBM menyatakan akan menolak proses meratifikasi ICERD sekiranya ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, sistem Raja berperlembagaan, kedudukan Islam, dan mana-mana hak termaktub dalam perlembagaan itu.
Mengulas lanjut, Ashraf berkata bagi meratifikasikan ICERD, Charles seharusnya mula menolak doktrin pemisahan.

  • “Maka kita perlu tutup sekolah vernakular dan pulangkan semula bajet yang dibentangkan hanya kepada sekolah kebangsaan demi semangat asimilasi sistem yang dibawa ICERD,” katanya. - fmt

Khabar Lainnya:
Memuat...

Itulah PPBM kepada Dap: Jangan Takut TUTUP sekolah vernakular, yang dapat kami sampaikan untuk Anda. Semoga informasi yang kami sampaikan dapat mengobati rasa penasaran Anda tentang khabar terkini dan paling update yang memang Anda cari. Terima kasih sudah berkunjung ke situs ini. Sampai bertemu di artikel berikutnya.

0 Response to "PPBM kepada Dap: Jangan Takut TUTUP sekolah vernakular"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel